Sikap Wasatiyyah Najib Bawa Lebih Banyak Persahabatan Dari Musuh

Share This:

Untuk menjadi seorang Perdana Menteri, bukan satu perkara yang mudah seperti yang dianggap oleh rata-rata pemimpin pembangkang hari ini. Selain daripada memimpin 31.5 juta orag rakyat Malaysia, seorang Perdana Menteri juga perlu membawa imej Malaysia ke peringkat antarabangsa. Malah, tugas beliau juga adalah memastikan keselamatan dan kedudukan ekonomi negara kekal kukuh.

Itulah cabaran utama bagi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sejak diangkat sebagai Perdana Menteri keenam negara pada 3 April 2009. Sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri, antara langkah awal yang diambil beliau adalah sifat kesederhanaan dalam mentadbir negara khususnya berhadapan dnegan pelbagai cabaran yang cukup kompleks.

Diawal pengenalan sifat wasatiyyah yang diperkenalkan oleh beliau, ramai yang mengkritiknya sebagai Perdana Menteri yang terlalu lembut dan memberi muka kepada musuhnya. Malah, ada yang mendakwa, beliau tidak mungkin mampu bertindak agresif di peringkat antarabangsa memandangkan sifat beliau yang lebih cenderung untuk bersederhana berbanding menampilkan sikap agresif.

Namun, setelah 9 tahun berlalu, sifat wasatiyyah beliau inilah yang menjadikan dirinya sebagai pemimpin yang dekat di hati rakyat dan antara pemimpin Asia paling popular di peringkat antarabangsa. Jika kita perhatikan, tidak ramai pemimpin dunia mampu menjalinkan persahabatan dengan dua orang pemimpin kuasa besar dunia, Amerika Syarikat dan China.

Umum sedia maklum bahawa Amerika dan China merupakan seteru dalam apa jua bidang samada peringkat pertahanan mahupun ekonomi. Namun, pendekatan sederhana beliaulah yang menjadikan Malaysia begitu beruntung kerana boleh menjalinkan apa jua bentuk hubungan samada di peringkat politik mahupun ekonomi dengan kedua-dua negara kuasa besar ini.

Di peringkat Asia pula, selain hubungan akrab beliau dengan China, beliau sentiasa dekat di hati para Emir mahupun Raja-Raja dari Asia Barat khususnya Arab Saudi. Buat pertama kalinya dalam sejarah, Malaysia menerima kunjungan Di Raja Arab Saudi yang menjadikan hubungan antara dua negara mencapai tahap terbaik sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Malah, di peringkat ASEAN juga, Malaysia menerusi gaya kepimpinan beliau juga mampu meredakan beberapa pertikaian dengan negara-negara jiran Malaysia yang sebelum ini tergantung tanpa sebarang penyelesaian. Maalaysia dan Datuk Seri Mohd Najib juga adalah negara terawal yang mengutuk kekejaman tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya sehingga ianya mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Esok, negara bakal menyambut ketibaan pasangan Di Raja British, Putera Charles dan Puteri Camilla yang dijangka mengadakan kunjungan Di Raja. Ini adalah julung-julung kalinya lawatan kerja pasangan Di Raja berkenaan ke Malaysia setelah anakanda beliau, Putera William singgah ke Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu.

Benar, Malaysia adalah sebuah negara yang kecil, namun sekecil-kecil Malaysia, negara tidak pernah ketandusan pemimpin yang dilihat berjaya memacu kegemilangan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Paling utama, Datuk Seri Mohd Najib telah membuktikan, sifat wasatiyyah yang diamalkan oleh beliau telah berjaya menarik lebih ramai kawan dari serata pelusuk dunia dari mencipta musuh.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*