Setelah DAP Diancam Pengharaman, Mungkinkah PPBM Pula Bakal Menyusul?

Share This:

Beberapa bulan yang lalu, DAP berhadapan dengan kemungkinan diharamkan penubuhannya berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesan terdapat penipuan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Eksekutif DAP Pusat (CEC) yang menyaksikan perang dingin antara parti ultra kiasu berkenaan dengan ROS.

Setelah berbalas kenyataan di media, akhirnya DAP akur kepada kehendak ROS yang meminta parti berkenaan mengadakan pemilihan semula yang dijangka bakal diadakan pada 12 Disember ini. Pemilihan baru ini diadakan dnegan bersyarat iaitu DAP harus melantik badan pemerhati bebas yang akan memantau perjalanan pemilihan berkenaan.

Ketika keadaan tegag yang melanda DAP dan ROS dilihat agak tenang, secara tiba-tiba beberapa pemimpin bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Johor semalam membuat laporan kepada ROS berhubung kegagalan parti itu mengadakan mesyuarat agung sama ada di peringkat cawangan, bahagian mahupun pusat.

Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali berkata mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, parti itu sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan selewat-lewatnya 9 September lepas, iaitu dalam tempoh setahun selepas penubuhan parti.

Menurut Arjuna, setakat ini, kepimpinan PPBM telah mengadakan satu perhimpunan di Muar tetapi ia hanyalah sambutan hari jadi dan bukan mesyuarat agung seperti dikehendaki. Tambahnya lagi, dokumen yang diserahkan kepada RoS termasuk 358 aduan bertulis yang diterima daripada tujuh bahagian – Bakri, Kluang, Sembrong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang dan Batu Pahat.

Menurutnya isu itu telah beberapa kali diusulkan kepada kepimpinan parti, namun tiada tindakan diambil setakat ini. Katanya lagi, berikutan kegagalan pucuk kepimpinan PPBM mengadakan mesyuarat agung akan menyebabkan anggota akar umbi tidak mempunyai platform untuk menyuarakan pendapat selain tidak mengetahui status kewangan parti.

Sehingga tarikh akhir tempoh 12 bulan selepas penubuhan, pihak PPBM tidak mewartakan penyata kewangan yang telah disahkan, rekod pihak pemberi dana dan berapakah jumlah dana disumbangkan oleh parti komponen Pakatan Harapan lain khususnya DAP.

Malah, berdasarkan aduan rasmi, dikatakan kemungkinan jumlah yang besar telah ditaja oleh DAP dalam melaksanakan pelbagai program PPBM sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan juga pusat. Selain itu, beliau turut membuat aduan berkaitan isu pendaftaran keahlian PPBM tanpa persetujuan penama yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Nampaknya, satu demi satu masalah melanda PPBM sepanjang setahun penubuhannya. Jika dinilai dari apa yang didakwa oleh salah seorang pemimpin PPBM ini, kemungkinan untuk menyaksikan PPBM diharamkan penubuhan dan terbatal pendaftarannya, berkemungkinan besar akan berlaku.

Kini, terserahlah kepada kepimpinan PPBM dan ROS sendiri untuk menilai aduan yang dibuat oleh pemimpin PPBM itu sendiri samada ianya berasas ataupun tidak. Harus diingat, sebarang perlanggaran syarat di buat oleh mana-mana pertubuhan dan parti politik, ROS berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya menurut peruntukan undang-undang sedia ada.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*