Selena Gomez Kembali Ke Pangkuan Justin Bieber ?

Share This:

Penyanyi Justin Bieber dan Selena Gomez dilaporkan kembali bersama selepas beberapa keping gambar mereka bersantai di Los Angeles bersebaran di laman sosial.


The Sun melaporkan keduanya keluar bersama hanya beberapa hari selepas Selena, 25 dan kekasihnya The Weeknd, 27 berpisah.


Dalam gambar terbaharu itu, Justin, 23 dilihat bersantai sambil menunggang basikal berduaan dengan Selena. Nampak bahagia dan gembira sangat kedua pasangan ini.


Selena juga nampak tampil dengan semangat yang baru selepas berpisah dengan The Weeknd.

Sumber terdekat memberitahu jadual padat Selena dan The Weeknd menyebabkan keduanya terpaksa menghabiskan masa berjauhan. Ini akhirnya mendorong kepada perpisahan mereka. 

“Bukan mudah bagi mereka apabila Abel (The Weeknd) sibuk dengan konsert tour manakala Selena menjalani penggambaran di New York,” sumber itu berkata kepada The Sun. 


Kini, hubungan Selena dan Justin kembali mekar dan banyak media mengandaikan mereka semakin matang selepas berpacaran sejak tahun 2011 lagi. 

Foto: Carian internet

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*