Pemimpin PKR, Rafizi Ramli Mengaku Bajet 2018 Bermanfaat Kepada Rakyat

Share This:

Ahli Parlimen PKR-Pandan Rafizi Ramli mengaku bahawa Bajet 2018 yang dirangka oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan oleh Perdana Menteru Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu bajet baik, memberi pulangan dan manfaat kepada rakyat.

Rafizi turut berharap, bajet itu memberi kesan lebih positif kepada negara, beliau turut meminta kerajaan memberi penekanan kepada penyelesaian jangka panjang terhadap permasalahan dihadapi rakyat sekarang seperti kenaikan harga barang, peluang pekerjaan dan isu pengambilan pekerja asing.

“Cuma pemberian (imbuhan Bajet 2018) itu perlu diseimbangkan dengan beberapa perkara iaitu perlu ada matlamat jangka panjang dengan mengambil langkah-langkah penting bagi menyelesaikan masalah rakyat sekarang,” katanya semasa menjadi tetamu program Bicara Bajet 2018 yang disiarkan selama sejam di stesen TV1 malam tadi.

Program dihoskan Datuk Dahlan Maamor itu turut menjemput Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim yang juga anggota Parlimen Muar bagi membincangkan intipati Bajet 2018 yang dibentangkan Jumaat lepas.

Mohd Rafizi berkata rakyat sebenarnya amat mengalu-alukan sebarang pengumuman kerajaan yang mampu memberi manfaat kepada mereka tanpa mengira parti politik yang memerintah.

“Bagi saya mudah, sebaik-baiknya kalau apa-apa dikembalikan kepada rakyat, saya tiada rungutan kerana lebih banyak diberikan (kepada rakyat) adalah lebih baik,” kata Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengulas perkara sama, Razali berkata Bajet 2018 bukanlah bajet ‘gula-gula’ seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya ia memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat untuk menambah pendapatan dalam mendepani kos sara hidup yang tinggi.

“Ada bantuan mikrokredit diberikan Tekun, Amanah Ikhtiar Malaysia dan galakan kepada pengusaha untuk berniaga bagi menambah pendapatan, pengurangan cukai kepada nisbah yang rendah untuk mereka tambah pendapatan,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*