Nabil Dikecam Lagi, Buat Gangguan Seksual Pada Hazami

Share This:

Pengacara Nabil Ahmad dikecam lagi oleh para netizen gara-gara perlakuannya yang kurang manis ketika program Gegar Vaganza 4 minggu lalu.

 
Netizen menganggap aksi Nabil memegang leher Hazami ketika program sedang bersiaran live sebagai gangguan seksual dan sangat melampau.
 
Pendek kata, apa yang dilakukan itu sukar diterima di kalangan para penonton. 
 
Namun, bagi pihak Hazami sendiri dia menganggap apa yang berlaku itu cuma salah faham di kalangan peminatnya yang bersikap terlalu protective.
 

“Disebabkan jarang muncul di televisyen, peminat tidak biasa melihat situasi seperti itu dan mereka ingat saya dibuli.
 
“Hubungan saya dengan Nabil rapat kerana kami saling mengenali sejak 12 tahun lalu. Kalau kami bukan rakan rapat, tidak mungkin Nabil berani buat sebegitu,” ujar Hazami kepada Harian Metro. 
 
Penyanyi Sonata Musim Salju ini juga berkata ia sebenarnya satu perbuatan yang melucukan kerana ia adalah ‘lawak peribadi’ yang hanya difahami oleh dia dan Nabil. 
 
“Nabil pun sudah minta maaf di belakang pentas selepas selesai acara. Namun, saya tidak mengambil hati kerana GV4 adalah program hiburan.
 
“Saya juga tidak mahu salahkan sesiapa kerana isu terbabit,” katanya lagi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*