MB Razif Rasmi Pusat Fisioterapi Milik Tengku Hazwan Tengku Hassan Di Belanda

Share This:

Menurut laporan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dikatakan merasmikan pusat fisioterapi milik anak Terengganu yang dibuka di bandar Zoetermeer, di sini semalam.

 

Menurut sumber,pusat fisioterapi Corpus Medicus itu dimiliki oleh Tengku Hazwan Tengku Hassan yang juga merupakan anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADU)N Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar.

 

Ia adalah satu kejayaan kepada negeri Terengganu yang membanggakan kerana anak Terengganu berjaya menempa nama di bumi Eropah.

 

Hadir sama dalam majlis itu isteri Menteri Besar To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Tengku Hassan bersama isteri.

 

Ahmad Razif yang dipetik dalam laman Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Hazwan di atas pembukaan pusat kesihatan tersebut.

 

Justeru,kejayaan ini wajar menjadi pendorong kepada rakyat Terengganu yang lain untuk melakar lebih banyak Success Stories (cerita kejayaan) di peringkat dunia seterusnya mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia.

Sumber:Terengganu Times

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*