Kerana Najib Jimat RM200 Bilion Perjanjian IPP, Kerajaan Boleh Kawal Kenaikan Tol

Share This:

Kerajaan berani melaksanakan pemansuhan tol serta mengawal kadar bayaran tol di seluruh negara kerana berjaya menjimatkan RM200 bilion hasil dari kajian semula perjanjian Penjana Tenaga Bebas (IPP) melalui syarikat pelaburan strategik negara iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

1MDB dalam industri IPP menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pembida terendah untuk mengambil alih stesen janakuasa berkenaan berbanding pada zaman Mahathir yang menjadi pembida tertinggi dan memaksa Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menerima bidaan tinggi berkenaan. Dari situlah RM200 bilion dapat dijimatkan.

Daripada jumlah itu, RM180 juta sudah setiap tahun untuk membayar ganti rugi kepada konsesi tol untuk kerajaan mengawal kenaikan harga tol yang sepatutnya kerana pembaharuan perjanjian konsesi. Kerajaan menggunakan peruntukan berkenan untuk mengawal kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) supaya ia kekal mampu dibayar oleh rakyat.

Dalam langkah pemansuhan empat plaza tol yang diumumkan Najib dalam Bajet 2018, kerajaan terpaksa membayar untuk menampung kerugian yang bakal ditanggung oleh syarikat konsesi tol berkenaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani dalam satu temubual berkata, tol Batu Tiga dan Sungai Rasau digunakan oleh 155,000 kenderaan setiap hari dan jika dihentikan operasinya, syarikat konsesi akan kerugian RM102 juta dan jumlah itu akan dibayar.

Manakala sebuah lagi ialah Tol Bukit Kayu Hitam yang menjadi rungutan penduduk setempat juga akan dimansuhkan dengan bayaran ganti rugi RM8 juta.

Kalau dijumlahkan RM180 juta peruntukan kerajaan untuk kawal kadar kenaikan tol ini, jumlah besarnya baru RM3.78 bilion untuk tempoh 20 tahun. Masih ada baki RM178 bilion dari penjimatan yang 1MDB berjaya laksanakan menerusi pengambilalihan perjanjian IPP sebelum ini.

Dengan langkah bijaksana ini, ia berjaya menamatkan kesusahan dan penderitaan yang dilakukan kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Mahathir yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Kerajaan mungkin tidak akan mampu memansuhkan semua tol sekaligus tetapi sudah ada peruntukan disediakan kerajaan setiap tahun untuk mengawal kadar tol demi rakyat.

Jika kerajaan pimpinan Najib mempunyai mentaliti sama seperti Mahathir, bayangkan berapa banyak kepentingan rakyat bakal dikikis habis-habisan melalui perjanjian konsesi yang berat sebelah yang memberi untung yang banyak untuk segelintir manakala rakyat akan dapat saki baki sisanya sahaja.

Perkara ini yang amat tersirat dan memerlukan orang untuk berfikir betul-betul untuk memahaminya tentang betapa kerajaan BN ambil berat terhadap kebajikan rakyat.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*