Habuan Seks Guru Terhadap Remaja,Polis Gesa Remaja Tampil Buat Laporan Polis

Share This:

 

Sehubungan dengan kes seorang guru yang didakwa meminta habuan seks terhadap remaja terbabit, Ketua Polis Sentul Asisten Komisioner R Munusamy menggesa pihak yang mengetahui berkaitan dan remaja tampil membuat laporan polis.

 

Menurut sumber dalaman berkata,Munusamy berharap laporan polis dapat dibuat supaya siasatan dapat dimulakan.

 

Beliau sendiri, katanya dimaklumkan berkaitan perkara itu oleh Bendahari Agung MIC Datuk Seri S Vell Paari.

 

“Dia telefon saya dari India semalam dan kongsi cerita individu itu..

 

“Saya gesa dia atau sesiapa sahaja supaya lapor polis dulu supaya polis boleh mulakan siasatan,” Munusamy dipetik sebagai berkata.

 

Pemimpin akar umbi MIC yang juga seorang guru itu dilapor telah meletakkan jawatan selepas perbualan telefonnya dengan seorang wanita diedarkan di media sosial.

 

Dalam perbualan itu, beliau berjanji mencari kerja untuk anak gadis wanita itu jika remaja itu sanggup tidur dengannya.

 

“Beritahu saya masa dan di mana, dan berapa lama sesi itu. Jika dia tidak berminat, sila beritahu saya, saya akan gugurkan tawaran ini, kerana terdapat banyak gadis lain menunggu,” katanya.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*