Gagal Dihubungi Sejak Beberapa Hari, Doktor Ditemui Mati Dalam Bilik

Share This:

Selepas beberapa hari gagal dihubungi, seorang doktor ditemui mati di dalam bilik sewanya di Kampung Nyior Sepohon, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.


Mohd Muaz Mohd Sabri berusia lingkungan 30-an ditemui anak pemilik bilik sewa berkenaanselepas berjaya membuka pintunya pada pukul 10.40 malam.

Muaz, Foto: Utusan Online

Menurut laporan Utusan Online, mangsa sudah meninggal dunia beberapa hari lalu.


Tunang mangsa yang juga seorang doktor dan bertugas di hospital sama iaitu Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) meminta bantuan anak pemilik bilik sewa berkenaan mencarinya selepas gagal menghubungi mangsa.

Difahamkan sebelum ini mereka mengalami keracunan makanan selepas membeli makan di pasar malam Kuala Inai.


Mangsa didakwa enggan menerima rawatan dan mahu berehat sahaja di bilik sewanya.


Pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati mayat mangsa sudah berbau sebelum dibawa ke Unit Forensik HSNZ untuk proses bedah siasat.

Kematian diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*