Chelsea ‘Tunggu Masa’ Pecat Conte

Share This:

PEMILIK Chelsea, Roman Abramovich telah membuat keputusan untuk memecat Antonio Conte pada akhir musim, dakwa laporan di Madrid.

Pengurus Chelsea itu telah membawa kelab berada dalam keadaan terumbang-ambing musim ini dan mereka kini berada sembilan mata di belakang pendahulu liga Manchester City.

Kelab barat London ini merangkul gelaran juara Liga Perdana musim lalu tetapi musim ini mereka terpaksa bergelut untuk mengimbangi tugas domestik dan Eropah.

Chelsea dibelasah 3-0 oleh Roma dalam Liga Juara-Juara malam Selasa dan timbul kebimbangan bahawa pemain tidak berpuas hati dengan kaedah latihan berat yang diamalkan Conte.

Conte turut didakwa akan meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas dan mahu tawaran kontrak yang lebih baik.

Roman Abramovich. -fotoAP

Tetapi laporan di Sepanyol mendakwa segala-galanya di kelab itu berada dalam keadaan tidak baik dan Abramovich bersedia untuk bertindak.

Laporan akhbar Marca berkata Conte hampir tidak bercakap dengan Abramovich dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Sebaliknya komunikasi dibuat melalui pengarah Marina Granovskaia.

Marca mendakwa Conte menyedari Chelsea sudah mempertimbangkan pilihan mereka untuk musim depan.

Walaupun The Blues duduk di tangga keempat tetapi permulaan City untuk kempen ini yang cukup baik dan prestasi konsisten telah menyebabkan mereka meninggalkan kelab-kelab lain jauh di belakang.

Laporan itu mendakwa Abramovich akan melakukan perkara yang sama terhadap Conte seperti yang dilakukannya kepada Roberto Di Matteo dan memecat pengurus itu pada masa yang dirasakan sesuai.

Marca tidak membuat spekulasi mengenai siapa yang mungkin menggantikan pengurus Itali itu yang diharapkan dapat mengubah nasib kelab. -expressUK

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*