Anak Derhaka Pukul Bapa, Tetak Ibu Guna Gergaji Besi

Share This:

Berang kerana ditahan polis, seorang anak sanggup mencederakan ibu bapanya hingga cedera parah.

Ketua Polis daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan laporan yang dibuat oleh ibu bapanya, menyebabkan suspek ditahan pihak Agensi Antidadah  Kebangsaan (AADK).

“Anggota kami kemudian bergegas ke rumah mangsa dan menemui ibu suspek berusia 64 tahun dalam keadaan lemah dan berdarah pada bahagian muka berada dalam rumah jiran sebelah dan melihat seorang lelaki (suspek) sedang duduk  mencangkung di hadapan rumah dengan gergaji besi di sebelahnya.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah mangsa menemui mangsa lelaki (bapa suspek) berusia 67 tahun terbaring di dapur rumah sebelum menahan suspek dan merampas sebilah parang bersama penimbang air (alat ukuran air),” katanya.

mStar Online melaporkan, suspek menetak ibunya menggunakan gergaji besi berukuran 55cm di bahagian belakang badan, manakala memukul bapanya menggunakan penimbang air berukuran 56 cm.

Ibu suspek cedera di pipi kanan,luka di bahu serta lebam-lebam di seluruh badan akibat dipukul hingga ibu jari tangan kanan dan sendi jari patah. Manakala bapa suspek cedera di bahagian urat perut.

Suspek didapati positif dadah jenis heroin, ganja dan syabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*