Aksi Seks Singa ‘Gay’ Berjaya Dirakam

Share This:

Satu kejadian yang amat jarang berlaku iaitu ‘hubungan romantik’ antara dua ekor singa jantan berjaya dirakam oleh seorang jurugambar.

 
Menurut laporan Daily Mail, dua ekor singa tersebut dilihat menyelinap ke dalam semak di Taman Negara Masai mara, Kenya untuk mendapatkan privasi sebelum melakukan hubungan seks.
 

Foto: Daily Mail
Berbeza dengan hubungan seks antara singa betina yang selalu berkahir dengan kekerasan, hubungan kedua-dua ekor singa jantan ini berakhir dengan membelai antara satu sama lain.
 
Jurugambar hidupan liar Paul Goldstein berkata ini adalah pertama kali dia melihat kejadian tersebut di depan mata.
 

Foto: Daily Mail
“Saya pernah mendengar perkara seperti ini berlaku di Botswana tetapi apa yang berlaku di Kenya adalah tidak sama sekali.
 
“Biasanya hubungan seks singa hanya berlangsung beberapa saat, tapi kedua-dua singa jantan ini melakukannya hingga lebih dari satu minit. Ini menunjukkan hubungan kasih sayang yang sangat kuat.”
 
Sebelum ini, hasil kajian pada abad ke-20 juga membuktikan 80 peratus dari singa memang berpasangan antara sama jantina. 
 

Foto: Daily Mail

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*