Tahu Bersalah,Ambiga Terdiam Dakwaan Clare Rewcastle

Share This:

 

Memilih untuk membisu adalah petanda dia berada di dalam keadaan bersalah, itu jika kita ambil perkiraan cara Tun Mahathir menuduh orang.

 

Teka-teki siapa yang menyalurkan maklumat kepada pengasas Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown akhirnya terjawab apabila nama bekas Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga disebut.

 

Semua orang tahu kekuatan mereka mereka yang anti kerajaan Melayu Islam ada lah Guaman atau pun legal fraternity.

 

Malah Majlis Peguam pun terlalu terserlah menyokong pembangkang kerana berkongsi agenda mahu tumbang kan kerajaan yang berpaksi parti UMNO yang di kenali sebagai pejuang dan pembenteng Islam.

 

Kini seluruh negara sudah tahu nama Ambiga sebagai dalang pemberi maklumat setaraf “hearsay” sahaja kepada Sarawak Report yang terpaksa dedah namanya kerana mahu selamat kan tengkok kerana gagal beri bukti pada tuduhan di mahkamah United Kingdom.

 

Akibat ketiadaan bukti , maka Claire Rewcastle Brown dikatakan terpaksa mengaku dia mendapat sumber dari Ambiga.

 

Apa yang nyata sehingga waktu artikel ini di tulis belum ada apa apa pengakuan atau penafian dari Ambiga-BERSIH.

 

Menurut sumber dalaman berkata,Brown juga ada memberitahu mahkamah yang Najib didakwa memindahkan wang berjumlah lebih RM200 juta kepada bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa sejak 2014.

 

Kononnya wang itu dikatakan digunakan untuk membiayai sebuah kumpulan dalam PAS.

 

Bagaimanapun Nasharudin pada April lalu menafikan ada menerima wang daripada Najib dan mengancam untuk memfailkan saman terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kerana membuat dakwaan sedemikian.

 

Editor Sarawak Report itu sebelum ini dikaitkan terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan menerima dana daripada bekas perdana menteri itu.

 

Rewcastle-Brown bagaimanapun menafikan kedua-dua dakwaan itu.

 

Seorang lagi pemimpin PAS, yang juga Naib Presiden parti, Idris Ahmad senada dengan pendirian Khairuddin.

 

“Dia patut minta maaf sebagai peguam yang perjuangkan integriti, soal kebenaran yang perjuangkan pilihan raya yang bersih, jadi tak betul.

 

Apakah yang susah sangat untuk Ambiga “come out clean”?

 

Atau , Ambiga seperti biasa akan muncul dengan ugutan guaman saman menyaman dan menakutkan pihak yang bercerita berkenaan nya? itu lazim bagi pembangkang.

 

Semalam Idris Ahmad , Naib Presiden PAS menuntut agar Ambiga mesti memohon maaf kepada PAS dan Haji Hadi atau akan berhadapan dengan tindakan susulan.

 

Jika rakyat dapat menggunakan akal ,pasti tertanya kenapa mesti membaling batu jauh jauh dari London menggunakan Sarawak Report sama seperti Tun Mahathir?

 

Kenapa tidak guna kan Media dalaman milik pembangkang yang ramai “followers” dan “likers’? Kenapa perlu guna Sarawak Report?

 

Atau , membuat perkiraan di mahkamah Malaysia?

 

Jawapan mudah sahaja , perkara tidak benar dan “hearsay” macam kisah 1MDB hanya layak di buat begitu sahaja, di mahkamah Malaysia walaupun orang kata ramai condong ke sebelah sana , ia tetap mahu kan “hard evidence”.

 

Mahkamah mahu kan bukti konkrit sebelum jatuh hukum. Dokumen, tarikh, saksi dan sebagai nya.

 

Ini lah perkara ‘lacking” dalam semua isu seperti kes Hj Hadi terima bayaran dari Najib Razak dan isu 1MDB.

 

Mahkamah tidak seperti mahkamah rakyat di mana andaian, agak agak dan teka-teka yang di dorong kebencian sahaja dan terus menjatuhkan hukum.

 

Rakyat Malaysia walaupun ego dan mengaku bijak , tetapi pernah di tipu dengan kes cincin Rosmah , 50K Bangla dan peristiwa “Blackout” yang tidak pernah terjadi.

 

Namun golongan ini juga lah yang amat percaya dengan kisah “hearsay”.

 

Kini semua menunggu Ambiga BERSIH memberi kenyataan dan membuat pengakuan Nafi atau mohon maaf.

 

Atau Ambiga mahu pilih cara Tun Mahathir dengan menjawap “saya tak tahu” lalu cuci tangan tanpa ada sifat tangungjawab

 

Malangnya,masih ada rakyat yang masih percaya dengan pembohongan dan penipuan mereka.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*