Rafizi Kantoi Menipu Lagi, FIC Jawab Tuduhan Mengelirukan

Share This:

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam Pakatan Harapan (PH) agaknya diberikan tugas untuk buat fitnah dan buat cerita bohong hari-hari walaupun sudah berapa kali dikantoi menipu untuk mengkritik Barisan Nasional (BN). Rafizi hanya membuat fitnah mensasarkan syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan sahaja seperti Felda dan Tabung Haji (TH).

Beliau yang juga Ahli Parlimen PKR (Pandan) ditugaskan untuk membentuk persepsi orang ramai khususnya pelabur tempatan dan asing supaya tidak ada keyakinan dengan syarikat-syarikat ini.

Sudah berderet samannya kerana fitnah, tapi beliau kena teruskan tugas kerana tidak lama lagi beliau akan masuk penjara selepas dihukum oleh mahkamah selama 18 bulan kerana kesalahan melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Baru-baru ini, beliau kantoi lagi cuba menipu untuk memburukkan Felda sekali lagi melibatkan syarikat Felda Investment Corporation (FIC).

Syarikat berkenaan segera menafikan tuduhan Rafizi yang FIC telah ditipu dalam pembelian sebidang tanah di Empire Way, Wembley, London yang berharga 34 juta Pound (RM190.66 juta).

Menjawab tuduhan berkenaan, FIC dalam satu kenyataan malam tadi berkata wang berkenaan termasuk cukai dikenakan untuk tujuan pembayaran dua bidang tanah dan bukan sebidang saja seperti didakwa Rafizi yang disiarkan dalam laman webnya.

Rafizi hanya tunjuk satu dokumen sahaja, yang mendakwa harga sebidang tanah di Dexion House dan Howerine House berjumlah 20 juta Pound (RM112.127 juta).

Beliau mendakwa FIC sekali lagi kena tipu dengan nilai wang berjumlah 14 juta Pound (RM78.50 juta) apabila mendapati harga tanah berkenaan direkodkan sebagai 34 juta Pound (RM190.66 juta) dalam Penyata Kewangan FIC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 yang diaudit.

FIC menegaskan, kenyataan dibuat pada 22 Oktober dan 24 Oktober bahawa dua syarikat British Virgin Islands (BVI) iaitu FIC London Hotel (Private) Limited (FLH) dan FIC Global Limited (FGL), termasuk hartanah hak milik masing-masing iaitu The Park City Grand Plaza Kensington, Felda House dan Grand Felda House, kesemuanya adalah hak milik FIC sepenuhnya.

Ahli Lembaga Pengarah FIC yang baharu dilantik ingin memberi jaminan kepada orang ramai akan komitmen untuk menaik taraf aktiviti perniagaan dan proses urus tadbir korporat FIC.

FIC menjelaskan, Rafizi membuat pelbagai dakwaan yang tidak tepat dan mengelirukan ketika beliau mengadakan kenyataan menerusi laman web pada 26 Oktober lalu.

Ini dianggap sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan FIC kecewa berikutan beberapa kenyataan Rafizi yang dibuat tanpa memastikan ketepatannya terlebih dahulu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*