Putera Charles Dan Camilla Mulakan Lawatan Ke Malaysia Esok

Share This:

Putera Wales dan Duchess of Cornwall akan mengadakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia mulai esok hingga 8 November ini, menurut Wisma Putra hari ini.

Lawatan oleh pewaris takhta Britain itu, Putera Charles dan isteri, Camilla Parker Bowles, merupakan kunjungan rasmi ke-3 anggota kerabat diraja Britain ke Malaysia sejak 1998.

Sebelum ini, Ratu Elizabeth II dan suami baginda, Duke of Edinburgh, Putera Philip, menghadiri majis perasmian Sukan Komanwel ke-16 pada September 1998 dikuti pasangan diraja, Putera William (Duke) dan Kate Middleton (Duchess of Cambridge) pada September 2012.

Menurut kenyataan itu, Putera Charles dan Camilla akan melawat beberapa tempat dan menyertai pelbagi program penting bersempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara United Kingdom dan Malaysia.

Semasa lawatan itu, baginda dijangka bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia termasuk kerabat diraja, kanak-kanak kurang upaya dan komuniti perniagaan.

Putera Charles dan Camilla juga dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara serta mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sempena lawatan bersejarah itu, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan setem peringatan khas Jumaat ini untuk menandakan peristiwa penting hubungan 2 hala selama 60 tahun antara Malaysia dan United Kingdom.

Hubungan 2 hala antara kedua-dua negara itu merangkumi pelbagai bidang termasuk perdagangan, pertahanan dan keselamatan, pelaburan, pendidikan, ekonomi digital, teknoloji hijau, tenaga boleh diperbaharui dan pelancongan.

Malaysia adalah pasaran eksport ke-2 terbesar United Kingdom di ASEAN dan rakan dagang ke-3 terbesar di Eropah.

Dalam bidang pendidikan, terdapat lebih 18,000 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pengajian di negara itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*