Peminat Masuk Padang Peluk Messi

Share This:

BARCELONA meraih seri 0-0 ke atas Olympiacos di Athens pada aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

Namun perlawanan terganggu sebanyak dua kali apabila penyokong memasuki padang untuk ‘berselfie’ dengan bintang Barca, Lionel Messi.

Ketika separuh babak pertama, seorang remaja lelaki dilihat merayau-rayau di tepi padang semasa Messi cuba mengambil sepakan sudut.

Dia terus memeluk Messi dan mencium pipi pemain Argentina itu sebelum di tarik ke belakang gol.

 

Biarpun tidak ada insiden yang buruk berlaku, Olympiacos kemungkinan akan disoal bagaimana penonton boleh terlepas ke padang.

Dalam pada itu, keputusan seri gtidak menggugat kedudukannya untuk terus menguasai kumpulan dengan sepuluh mata dengan dalam empat perlawanan, diikuti Juventus tujuh mata, Sporting Lisbon (4 mata) dan Olympiacos satu mata.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*