PAS Terkejut Nama Ambiga Dipetik Clare Brown Dalam Kes Saman

Share This:

PAS terkejut apabila nama bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga disebut oleh Editor Sarawak Report (SR), Clare Recastle Brown sebagai sumber dalam kes saman berkaitan tuduhan SR kononnya PAS menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, selama ini Ambiga tidak pernah berbicara atau mengeluarkan kenyataan berkaitan itu berkenaan.

Bagaimanapun, PAS mengambil langkah menyerahkan segala-gala urusan kepada pihak peguamnnya dalam isu berkenaan selepas dinasihatkan oleh peguam supaya tidak membuat sebarang komen kerana tidak mahu mengganggu perjalanan kes saman berkenaan di mahkamah.

“Perkara ini menjadi persoalan kerana selama ini Ambiga tidak pernah bercakap dalam isu dana RM90 juta ini.

“Apabila Brown menamakan Ambiga sebagai sumber, ia menjadi satu kejutan kepada Pas. Namun kita serahkan kepada mahkamah dan tidak mahu menganggu perjalanan kes ini,” katanya ketika ditemui selepas mesyurat exco di Kota Bharu, hari ini.

Memetik laporan Utusan, Clare yang juga pengasas SR menyebut nama Ambiga sebagai pemberi maklumat berhubung dakwaan itu.

Clare berkata, Ambiga memberitahu mengenai Najib, Pas dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepadanya pada Julai tahun lalu selain menjelaskan bahawa sumbernya itu boleh dipercayai.

Pada April lalu, Pas menfailkan saman fitnah berhubung fitnah terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu berkenaan di Mahkamah Tinggi di London.

Dalam saman tersebut, Abdul Hadi mendakwa beliau telah difitnah dalam rencana Sarawak Report bertajuk As Najib denies all over 1MDB let’s not forget his many other criminal connection bertarikh 6 Ogos, 2016.

Rencana itu mendakwa wang itu bertujuan menyogok Pas untuk menyebelahi Barisan Nasional (BN).

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*