Nenek 100 Tahun Maut Dirogol Lelaki Mabuk

Share This:

Seorang nenek maut selepas dirogol oleh seorang pemuda berusia 35 tahun di Raghunathpur, Uttar Pradseh, India.

 
Dalam kejadian, mangsa yang sudah berusia 100 tahun didatangi suspek yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk.
 
The Indian Express melaporkan, mangsa turut dipukul oleh suspek yang dikenali sebagai Ankit Punia, selain pakaian turut dikoyak semasa cuba melawan dari dirogol.
 
Saudara mangsa yang dikatakan tidur di dalam rumah ketika kejadian tidak menyedari apa yang berlaku kerana mengalami masalah pendengaran.
 

Gambar Hiasan
Penduduk kampung yang mendengar teriakan mangsa segera datang dan menyelamatkannya.
 
Ankit diserahkan kepada pihak polis, namun mangsa meninggal dunia di hospital.
 
Jurucakap polis Prem Chand Sharma berkata, suspek akan didakwa atas tuduhan merogol, memukul dan membunuh.
 
Walau bagaimanapun suspek dikatakan tidak mengaku bersalah dan mendakwa dirinya difitnah.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*