Mansuh Tol Dan BR1M, Dua Benda Yang PH Asyik Berdalih

Share This:

Ayat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bahasa Inggeris ketika bentang Bajet 2018 benar-benar menarik dan kena tepat kepada perangai pakatan pembangkang yang setiap masa tidak konsisten dalam apa yang diperjuangkan mereka.

“The only thing consistent about the opposition is they are always inconsistent,” kata Najib.

Kata-kata itu mendapat reaksi gemuruh Ahli Parlimen kerajaan kerana itu adalah ungkapan paling tepat untuk menggambarkan gaya politik mereka.

Selepas Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dilaksanakan dan beri manfaat kepada ramai orang, Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad kata ia adalah rasuah kerana guna duit untuk beli undi rakyat waktu pilihan raya. Walhal, penerima BR1M semua bersyukur kerana dapat meringankan beban mereka untuk berdepan kos sara hidup yang tinggi.

Pendapat Mahathir turut disokong Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang setuju pemberian BR1M adalah rasuah. Pada 30 Disember 2016, Azmin kata BR1M adalah ibarat sogokan politik ketika itu berbeza pendapat dengan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berpendapat BR1M bukan rasuah.

“Bagi saya BR1M adalah salah satu bentuk rasuah.. ia adalah salah satu cara sogokan.. Sogokan boleh dibuat dalam pelbagai.

“Kalau nak dikatakan bantuan untuk jana ekonomi, ia tidak mampu berbuat demikian, nilai RM600 boleh habis dalam dua hari,” kata Azmin.

Sudahnya, dalam dokumen Bajet Alternatif Pakatan Harapan tempoh hari, mereka sepakat pula hendak laksanakan BR1M tapi dengan syarat tambahan yang amat mengelirukan. Syarat berkenaan hendak tutup kebodohan mereka yang mahu hapuskan BR1M tanpa melihat kesan positifnya kepada rakyat.

Selepas BR1M, pembangkang juga buat kenyataan berubah-ubah dalam hal memansuhkan kutipan tol. Sebelum ini di mana-mana ceramah politik mereka kritik kerajaan kerana banyak kutip tol di sana sini dengan tuduhan wang hasil kutipan tol akan digunakan untuk rasuah dan bukan untuk rakyat.

Ia membawa kepada kenyataan PH pada 17 Januari lepas iaitu pembangkang akan memansuhkan kutipan tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan tol Jambatan Pulau Pinang jika mereka menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Dalam bajet PH, juga ada perkara berkaitan memansuhkan tol kerana ia dikatakan membebankan rakyat.

Bagaimanapun, selepas pembentangan Bajet 2018 oleh Najib yang juga Menteri Kewangan, Wan Azizah kata pemansuhan empat plaza tol yang diumumkan kerajaan akan bebankan rakyat pula, putar belit daripada janji yang awal sebelum itu.

Dia kata rakyat akan tanggung beban akibat pemansuhan empat tol seperti yang diumumkan kerana kerajaan tidak akan mengeluarkan kos untuk pemansuhan itu.

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen PKR-Permatang Pauh kata minta kerajaan jangan terburu-buru melaksanakan langkah memansuhkan tol berkenaan padahal sebelum itu PH mahu memansuhkan tol.

Bukan sekali ini pembangkang membuat perkara seperti ini putar belit kenyataan dan kemudian bertukar-tukar malahan ia sudah menjadi satu perkara kemestian untuk pakatan pembangkang.

Mereka sebenarnya pun saling tidak konsisten antara satu sama lain. Dulu Mahathir benci PKR dan DAP habis-habisan, kutuk setiap masa sekarang ini sudah bertukar, malahan jadi sahabat karib seperti tidak pernah ada konflik sampai berpuluh tahun. Pakatan pembangkang pula dulu amat benci dan marah dengan Mahathir tapi sekarang sudah boleh terima walaupun diejek Mahathir berkali-kali.

Antara mereka tidak ada pun saling bermaafan mematikan segala sengketa lama tetapi hanya tiba-tiba mereka saling bersekongkol hendak bekerjasama semasa pilihan raya nanti untuk jatuhkan BN dan gulingkan Perdana Menteri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*