Liga Juara-Juara: Conte Bengang Tewas 3-0

Share This:

PENGURUS Chelsea bengang dengan skuadnya pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Antonio Conte mendakwa skuadnya tidak ada keinginan untuk menjual nama mereka apabila tewas 3-0 di Rom.

“Jika kita fikir nama Chelsea dan pihak lawan takut dengan nama ini, ia tidak betul.

“Kami perlu cari sikap ‘dahaga’ seperti yang ditunjukkan pada musim lalu. Musim ini hanya kadang-kala sahaja.

“Musim ini ada jatuh dan bangun. Jika anda sebuah pasukan hebat, anda perlu stabil dan konsisten. Buat masa ini kami berdepan dengan kesukaran mencari kestabilan,” jelasnya kepada Daily Mail.

Skuad Roma menjaringkan satu gol pada separuh masa pertama, manakala bakinya pada babak kedua.

 

“Pada separuh masa pertama kami tidak bernasib baik dan ianya tidak adil.

“Babak kedua lebih teruk. Roma menunjukkan keinginan untuk menang perlawanan ini. Ia menjadikan kami lebih kecewa. Saya tidak nampak perkara yang positif.

“Apabila anda ketinggalan tiga gol, anda perlu risau kerana ia menunjukkan ada perkara yang tidak berjalan lancar.

“Ia sangat sukar apa yang sebenarnya, tetapi yang pasti kami perlu menganalisis permainan dan menekankan perhatian dalam aspek taktikal.

“Kami semua perlu bertanggungjawab. Kami perlu bekerjasama. Tugas saya adalah untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik,” ujarnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*