Langkah Terbaik MOF Tidak Jual Saham PLUS Kepada Pegangan Individu

Share This:

 

Sebelum ini Perwaja Steel Sdn Bhd, yang mengalami kerugian telah menghentikan operasinya selepas diswastakan.

 

Pengalaman kerugian PERWAJA di mana wang rakyat berjumlah berbillion lesap kerana mahu “bailout” PERWAJA di zaman pemerintahan Tun Mahathir mungkin menjadi salah satu sebab Kerajaan dan MOF tidak mahu menjual saham PLUS kepada Maju Holdings.

 

Menurut sumber dalaman,Kementerian Kewangan memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan mengalu-alukan sebarang cadangan berhubung pengambilalihan syarikat konsesi lebuh raya itu tetapi ianya harus praktikal untuk mengelakkan perkara tersebut berulang.

 

Selaras dengan ini, kementerian berkata sumber pembiayaan yang jelas dan mantap mesti menyokong rancangan pengambilalihan itu untuk memastikan pengurus aset strategik negara ini dapat menahan sebarang kejutan ekonomi dan ketidaktentuan pertukaran mata wang asing.

 

Wang siapa lagi yang bakal di gunakan untuk “bailout” jika bukan wang rakyat,jika di tanda tangan di hari ini untuk melepaskan saham PLUS yang kemungkinan mengalami masalah kerugian kelak.

 

Ketika menjadi Perdana Menteri , kerajaan pimpinan Tun Mahathir banyak melakukan “bailout”.

 

Kantong kerajaan banyak pergi kepada kerja menyelamat kan syarikat syarikat.

 

Bukan sahaja wang kerajaan , wang PETRONAS juga tidak selamat dan sering di guna kan untuk hal ini.

 

Selain itu PROTON juga dikatakan banyak menghakis kekayaan negara apabila kerap perlu di “top up” sehingga RM13.5 juta dengan tambahan RM1.5 billion wang rakyat.

 

Mengapa perlu meminta wakil PKR untuk bertanya hal mengenai pembelian PLUS ini dalam parlimen? Hee Loy Sian, Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Selatan bertanyakan soalan berkaitan pembelian ini dalam parlimen pada 26 Oktober 2017.

 

Maka apabila MOF memberi jawapan kepada wakil PKR di Dewan rakyat berkenaan kerajaan tidak akan melepaskan saham PLUS kepada Maju Holdings ia sangat di alu alukan oleh banyak pihak.

 

Antara sebab yang di beri oleh MOF ada lah juga kedudukan kewangan pihak yang mahu membeli saham PLUS iaitu Maju Holdings.

 

Kerajaan juga tidak mahu ambil risiko selepas penjualan nanti Maju Holdings tidak berupaya meneruskan lalu kerajaan juga perlu masuk untuk menyelamat kan nya.

 

Tambah lagi , Maju Holdings dikatakan pernah di bailout perniagaan nya oleh Tabung Haji di zaman Tun Mahathir.

 

Justeru,langkah MOF tidak menyerahkan kepentingan rakyat kepada pegangan individu adalah langkah yang terbaik.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*