Kes Kehilangan Wanita, Polis Terjumpa 2 Kepala Yang Disembelih & 9 Mayat

Share This:

Baru-baru ini, satu insiden pembunuhan yang amat menakutkan berlaku di Tokyo, Jepun apabila seorang lelaki berusia 27 tahun didapati menyimpan sembilan mayat di dalam rumahnya. 


Memetik laporan Reuters, pihak polis Tokyo pada asalnya menerima aduan berhubung kes kehilangan seorang wanita berusia 23 tahun. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, rumah suspek yang bernama Takahiro Shiraishi berjaya dijumpai. 


Yang mengejutkan, ketika siasatan dijalankan dua kepala manusia yang telah disembelih dan 9 mayat di jumpai di dalam rumah suspek.


Menurut jurucakap polis, terdapat beberapa buah peti sejuk di dalam rumah suspek, salah satunya peti sejuk yang menyimpan dua kepala. Polis kemudian segera menahan suspek mengikut kesalahan membunuh. 


Berikutan dua kepala yang dijumpai telah mereput, mayat mangsa tidak dapat dikenal pasti jantina dan umur namun polis mengesaki salah seorang merupakan wanita berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang sekian lama.


Justeru ujian DNA terpaksa dilakukan untuk mengenal pasti identiti mangsa terbabit. Pada masa yang sama, polis turut akan menjalankan siasatan ke atas lapan mayat yang lain. 


Dilaporkan, wanita yang berusia 23 tahun itu pernah menulis satu artikel yang bertajuk “Mencari Orang Yang Bunuh Diri Bersama”. 


Hasil siasatan polis mendapati mangsa tersebut mengenali suspek di sebuah laman internet yang berunsur Bunuh Diri sekaligus berjaya menjumpai tempat tinggal  Takahiro Shiraishi.-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*