(DUN) Bukit Besi Dungun: Siap Sedia Hadapi Banjir

Share This:

 

TERENGGANU: Menurut laporan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Dungun kini dikatakan berada dalam keadaan siap sedia menghadapi bencana banjir yang berlaku setiap kali musim tengkujuh.

 

Menurut sumber,Wakil Rakyatnya merangkap EXCO Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri YB Roslee Daud berkata, semua jentera termasuk agensi kerajaan telah diminta melakukan persiapan rapi menyediakan kelengkapan dam keperluan untuk mangsa banjir.

 

Tambahnya pengalaman menguruskan banjir sejak tiga tahun lalu telah dijadikan sebagai rujukan untuk menambah baik pengurusan banjir kali ini.

 

“Pada kebiasaan pada bulan November dan Disember kita sentiasa berjaga-jaga dengan musim hujan yang turun ini yang dijangka banjir akan berlaku dan kerajaan negeri Terengganu telah bersedia dalam apa jua persiapan dalam menghadapi kemungkinan banjir yang berlaku di negeri ini”.

 

“Baru-baru ini saya telah berkunjung ke pusat depo di Marang dan saya dapati persiapan amat bersedia dalam menghadapi kemungkinan banjir yang akan berlaku”.

 

“Jentera pengurusan banjir telah turun ke pengkalan hadapan utk menghantar bantuan banjir seperti barangan makanan dan keperluan asas yang lain”,katanya.

 

“Kita mengambil pendekatan berdasarkan pengalaman banjir besar yang berlaku pada tahun 2014 dan jalan yang terputus perjalanan jalan darat kita sediakan heli pad untuk kegunaan menghantar barangan keperluan kepada mangsa banjir melalui helikopter”.

 

“Ini Persediaan yang cukup baik yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri dalam membantu mangsa banjir dan untuk 2017 kita bersedia lebih awal jika kemungkinan berlaku banjir berdasarkan pengalaman lalu’ katanya ketika ditemui di Bukit Besi semalam”,jelasnya lagi.

 

Menurut beliau,Pejabat Dun Bukit Besi turut menyediakan khidmat Skuad Sukarelawan TTB yang terdiri daripada Ahli Puteri dan Pemuda UMNO yang akan berada di pusat permindahan bagi mengadakan aktiviti beriadah untuk kanak-kanak mangsa banjir selain membantu agensi kerajaan menguruskan bantuan banjir.

-Terengganu Times

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*