Alangkah Malunya,Mereka Lahir Di Malaysia Tidak Pandai Cakap Melayu Dengan Baik-TPM

Share This:

 

 

Ketika lawatan ke kem pelarian Kutupalong, Cox’s Bazar, Bangladesh, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memuji kefasihan berbahasa Melayu segelintir pelarian walaupun mereka ini hanya bekerja buat sementara waktu sahaja di negara ini.

 

“Ada pelarian Rohingya yang saya temui mampu bercakap bahasa Melayu dengan baik walaupun pernah bekerja di Malaysia empat tahun sahaja,” tegas beliau.

 

Menurut sumber dalaman berkata,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, turut membidas mereka yang tidak dapat menuturkan Bahasa Melayu dengan baik walaupun setelah sekian lama mencapai kemerdekaan.

 

“Alangkah malunya, jika mereka yang lahir di Malaysia belum dapat menuturkan Bahasa Melayu dengan baik meskipun setelah 60 tahun negara mencapai kemerdekaan.”

 

Menurut beliau,perkara tersebut amat mendukacitakannya kerana rakyat Malaysia sepatutnya mengangkat Bahasa Melayu setaraf dengan fungsinya sebagai Bahasa Kebangsaan yang menjadi keutamaan rakyat Malaysia bersama.

 

Malah di Jepun, Korea dan China sektor swasta dan pelabur dari luar dikehendaki mempelajari dan menggunakan bahasa negara mereka.

 

Tindakan itu bukanlah sesuatu yang memalukan atau bukanlah pula sesuatu yang merugikan, sebaliknya suatu tindakan yang murni dan menunjukkan kecintaan pada negara kita sendiri.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*