PAN “DAP Kecil Melayu” Terus Berjuang Hapuskan Kedaulatan Islam

Share This:

Dalam dasar-dasar sosialis yang menjadi perjuangan DAP, mereka terus melakukan pengasingan terhadap agama dan politik. Hak ini banyak kita lihat melalui kenyataan kenyataan dan  sekali gus ianya menunjukkan fahaman-fahaman yang tersembunyi kini kian terserlah.

Dalam kesuraman parti Amanah didalam kelompok Pakatan Harapan ada diantara mereka ini cuba  menyemarakkan nya semula seakan PAN ini masih bertenaga untuk menghadapi cabaran kekuatan ideologi yang dibawa oleh DAP.

Namun disebalik  laungan yang berdegar-degar para pemimpin tertinggi PAN melaung-laungkan kekuatan PAN dan kemampuan Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14. PAN masih lagi dianggap parti Balaci DAP yang mana tidak mampu untuk mencatatkan dasar perjuangan mereka yang sebenarnya.

Jika PAN dikatakan sebagai kelompok Islam yang memperjuangakan Islam sudah pasti satu kegilaan  kenyataan yang akan dikeluarkan oleh DAP untuk memberi amaran kepada PAN. Jika dikatakan  sebagai parti yang memperjuangkan bangsa PAN juga akan di berikan amaran oleh DAP. Ini adalah kerana rata rata dikalangan pemimpin PAN adalah Melayu.

Jadi dimanakah arah perjuangan PAN yang sebenarnya? Jawapan yang amat mudah ialah, perjuangan PAN hanya untuk memastikan dasar dasar komunis DAP yang diketuai oleh Kit Siang dan Guan Eng terus mekar dan memastikan Islam dan Melayu terus berkubur.

Mari kita imbas semula bukti yang dikatakan diatas, penglibatan Chin Peng dalam dasar politik DAP sekarang umumnya telah mendapat sokongan PAN. Sokongan sehingga Mohamad Sabu terus melabelkan perwira Bukit Kepong sebagai penganas dan penganas itu adalah pejuang kemerdekaan.

Setelah kematian  Chin Peng sekali lagi Mohamad Sabu terus memperjuangkan agar abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia. Tindakan ini seterusnya mendapat tentangan dari rakyat Malaysia. Maka tidak syak lagi bahawa PAN  adalah sebuah parti yang hanya digunakan DAP sebagai hamba politik.

Untuk membuktikan bahawa PAN menyokong penuh fahaman komunis apabila penentangan terhadap Islam dilakukan  secara terangan. Hal ini dapat dibuktikan dengan  sokongan terhadap Kalimah Allah, Hukum haram Halal Islam yang dibawa oleh G25 serta sokongan terhadap LGBT.

Semua ini disokong penuh oleh PAN dan tiada seorang pun yang  membantah sebagai seorang Islam yang berbangsa Melayu. Ini lah PAN yang sebenarnya dan ianya adalah “DAP Kecil Melayu” yang membawa kepada agenda DAP untuk memastikan Malaysia terus diliberalkan tanpa sekatan agama.

Perkara ini tidak berhenti disitu sahaja, Baru baru ini Mohamad sabu secara terangan telah menentang penggunaakn perkataan Islam dimana mana agensi kerajaan serta  apa juga yang berkaitan dengan Islam.

Penentangan secara terbuka ini membuktikan lagi  bahawa “DAP Kecil”  ini  sedang menyemarakkan agenda DAP agar Islam terus dikuburkan di Malaysia  sebagaimana mereka menentang perjuangan PAS yang berteraskan Islam.

Kenyataan Presiden PAN, Mohamad Sabu, telah diucapkan pada Konvensyen Nasional PAN di Alor Setar, Kedah, pada 22 Oktober lalu bahawa “semua label-label seperti ini (“perubatan Islam”, “hospital Islam” dan sebagainya) mesti kita ubah sedikit demi sedikit” sebenarnya membawa implikasi besar kepada hala tuju PAN.

Pengharaman penggunaan perkataan “Islam” juga telah diucapkan oleh Tun Mahathir dalam Perhimpunan Agung UMNO Kali Ke-54 pada 11, 12 dan 13 Mei 2000 yang menghentam dengan kuat PAS maka timbullah cadangan supaya mengharamkan perkataan “Islam”.

Kini  gabungan Mohamad Sabu serta Mahathir  sedang bersama sama agar pengharaman perkataan Islam  terus diperjuangkan dan memastikan agenda Islam di Malaysia dapat dikuburkan seberapa pantas yang boleh  agar fahaman komunism dan Liberal DAP dapat diaktifkan secepat mungkin.

Tindakan Mohamad Sabu dan Mahathir ini sudah berlawanan dengan fatwa yang telah dikeluarkan pada tahun 2001 dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-188 yang bertindak di atas perakuan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada 15 Februari 2001, telah memutuskan bahawa tiada halangan untuk perkataan Islam digunakan oleh mana-mana pertubuhan di negara ini asal sahaja penggunaan perkataan Islam ini dibuat dengan berdisiplinkan ilmu, iman dan ihsan.

Bila Mohamad Sabu selaku Presiden PAN mengumumkan bahawa PAN akan menghapuskan sedikit demi sedikit perkataan Islam ini, apakah beliau tidak sedar mengenai keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-188 yang membenarkan penggunaan perkataan Islam ini ataupun apakah beliau sedar mengenainya tetapi beliau tetap berkeras dengan hasrat ini hanya semata-mata untuk mencapai kepentingan politik PAN?

Semua yang dilakukan oleh PAN adalah sejajar dengan agenda DAP yang mahu melihat kesamarataan yang diperjuangkan oleh  mereka dapat dilaksanakan dengan penghapusan daulat Islam dalam Negara ini.

PAN digunakan PKR dan PPBM, sebagai “Big Boss” DAP hanya melihat percaturannya untuk “membunuh” bangsa Melayu dengan Melayu sedang berada dilandasan yang  mereka kehendaki. PAN, PPBM dan PKR sedang bekerja keras untuk DAP.

Demi memastikan kedaulatan Islam terus dibela dalam Negara ini sudah pastinya umat Islam yang masih sayangkan Islam akan terus menolak agenda  yang dibawa oleh DAP yang menggunakan PKR, PAN dan juga PPBM sebagai parti Melayu untuk “membunuh” Islam dan “menguburkan” bangsa Melayu.

Berfikir dengan akal yang waras bahawa perjuangan untuk parti hanya politik, tetapi perjuangan untuk mempertahankan kerdaulatan Islam itu jika terancam adalah jihad agama yang seharusnya dipertanggungjawabkan  kepada setiap umat Islam.

  • pru14.tv

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*