Curi Beg Ketika Jemaah Wanita Bersujud

Share This:

Pencuri ada di mana-mana sahaja walaupun di masjid ataupun surau. Mereka datang dengan pelbagai helah termasuk ada yang berlagak ‘alim’ kononnya mahu solat berjemaah. 


Sasaran utama adalah wang tabung masjid, sejadah, peralatan seperti alat siaraya, kipas dan juga barang-barang berharga jemaah. 


Biarpun pelbagai langkah dilakukan seperti memasang kamera litar tertutup, CCTV, namun kejadian seumpama itu tetap berlarutan dari masa ke semasa. 


Baru-baru ini, memetik laporan Harian Metro, seorang lelaki didapati mencuri beg tangan milik seorang wanita yang bersujud ketika solat Asar secara berjemaah.


Lelaki itu kemudian lari meninggalkan Masjid Taman Sri Gombak sekitar jam 4.14 petang kelmarin. 


Ketua polis daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata identiti suspek akan dikesan berdasarkan rakaman CCTV.


Dalam rakaman, suspek dilihat berlegar-legar sebelum melakukan jenayah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*