Anak Melecur Terkena Penutup Lampu, Harris Baba Nak Saman Butik

Share This:

Malang menimpa anak Harris Baba apabila cedera terkena penutup lampu yang tiba-tiba jatuh dari siling.

 
Insiden terbabit menyebabkan Aleena Ziya yang baru berusia 8 bulan melecur di dagu dan tangan.
 
Walau bagaimanapun penyanyi dan pelakon itu bersyukur penutup lampu berkenaan tidak mengenai mata anaknya.
 

Foto: IG Harris Baba
“Ketika kejadian, saya dan isteri sedang melihat kasut manakala Aleena pula berada dalam kereta sorong bayi. Tiba-tiba penutup lampu besi itu jatuh dan menimpa Aleena.
 
“Kulit Aleena melecur kerana objek itu sangat panas. Kami bergegas membawanya ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan. Menurut pakar, Aleena melecur tahap dua dan kecederaan itu agak serius.
 
“Nasib baik tidak terkena bahagian mata kerana ia boleh menyebabkan anak saya buta,” katanya pada Harian Metro.
 

Foto: IG Harris Baba
Harris juga memuat naik status di Instagram, menyatakan rasa terkilan dengan aspek keselamatan di butik jenama antarabangsa tersebut.
 
“Saya boleh bayar sendiri kos perubatan. Saya cuma mahu perkara yang membabitkan keselamatan pelanggan dipandang serius pengurusan butik terkenal itu.
 
“Sepatutnya mereka menitikberatkan aspek keselamatan dan penyelanggaraan di premis itu. Bagaimana kalau ia berlaku kepada orang lain dan menyebabkan kemalangan lebih teruk?
 
“Pengurus di butik itu ada menjelaskan kontraktor penyelenggaraan akan datang setiap minggu. Saya tidak pasti pihak mana yang salah tapi insiden ini harus dijadikan pengajaran,” katanya.
 
Harris juga telah membuat laporan polis dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap butik tersebut.
 
Semoga Aleena cepat sembuh!

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*