Kos Sara Hidup Luar Negara Berbanding Malaysia Tidak Seindah Khabar

Share This:

 

Kebanyakkan orang berasa seronok apabila tinggal dan bekerja di luar negara sebab boleh berjalan-jalan ,duit banyak dan sebagainya,tetapi mereka tidak tahu duka di sebalik kos sara hidup yang perlu ditanggung apabila berada di luar negara.

 

Bagi rakyat Malaysia yang bercita-cita tinggal di sana ia adalah bukan perkara yang indah. Malah, semua hidup pun begitu. Tetapi kita biasanya nampak yang seronok sahaja, yang manis, sedangkan keperitan dan tekanan di sebalik itu dirahsiakan.

 

Jika dibandingkan dengan negara lain,Malaysia diantara negara keenam  terbaik dunia untuk persaraan bagi tahun 2017 oleh laman web International Living memiliki perkhidmatan kesihatan berkualiti, kos sara hidup rendah bagi pesara.

 

Untuk pengetahuan anda, anggaran 11% dari pendapatan cukai negara Malaysia dibelanjakan kearah pelbagai subsidi yang kita nikmati seperti pendidikan percuma, kos perubatan rendah dan sebagainya yang sering kita lupa untuk berterima kasih.

 

Benar kata seorang netizen yang sudah melalui pengalamannya apabila hidup di luar negara.

 

Saya dah 9 tahun hidup di luar negara dan sampai sekarang saya tak sabar nak balik Malaysia setiap kali cuti.Walaupun gaji agak besar tapi saya lebih rindu makan burger ramly tepi jalan dari burger kat Johnny Rocket.Kepada yang selalu complain pasal Malaysia tu,ingatlah…at least Malaysia tu tempat kita.I boleh jamin 100%,nothing beats Malaysia.Saya dah berpindah 4 negara sekarang.

 

Bukan pasal banyak duit.Kos hidup kat overseas bukan murah.Saya pernah tinggal di Vietnam,Philippines,Japan dan Saudi.Sekarang saya dipindahkan  sementara ke Bangladesh untuk project .Kat Japan saya bayar sewa Rm 4,000 sebulan utk rumah 300sqft.Transport dan kos makan jgn cakap la..Tax tinggi.Kat saudi sewa rumah mahal.Kena bayar setahun  terus dlm Rm35,000.Sekolah anak2 lagi mahal pasal kena hantar international school.Masuk hospital kalau takde insurance mmg mati keras la.Kat Malaysia kita ada sekolah free,perubatan kita termurah di dunia.Kat Bangladesh yg negara miskin pun GST dia dari 5%-16%.Kita kat Malaysia baru 6%.Harga barang harian mereka lagi mahal dari Malaysia.

 

 

Kesimpulannya,kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan kehidupan pada hari ini jika dibandingkan dengan kos sara hidup di tempat lain.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*