Berlakon Kayu, Suka Kontrol Ayu-Netizen Dah Mula Meluat Dengan Neelofa ?

Share This:

Sejak drama Red Velvet yang dibintangi oleh Alif Satar dan Neelofa mula ditayangkan, ramailah netizen yang mengutuk.


Kebanyakannya berpendapat lakonan Neelofa seperti ‘kayu’ serta agak ‘keras’ dan  tidak sesuai bergandingan dengan Aliff.

Foto: IG Neelofa

Neeelofa juga didakwa terlampau banyak ‘kontrol ayu’ sehingga menjadikan lakonannya tidak menjadi.


Walau bagaimanapun kritikan tersebut langsung tidak memberi kesan terhadap dirinya.

Sebaliknya, aktres jelita ini berharap agar peminat teruskan menonton sehingga habis sebelum memberi sebarang ulasan.

“Mereka terlalu awal membuat kritikan tanpa memahami jalan cerita. Cerita ini baru saja ditayangkan dan masih ada banyak episod lagi.

“Lagipun babak saya menetap di rumah orang, takkanlah saya hendak redah saja.

“Nasihat saya kepada mereka yang mengkritik itu tonton dulu cerita berkenaan dan cuba faham jalan cerita,” katanya kepada Harian Metro.


Foto: IG Neelofa

Biasalah tu kena kritik, boleh dijadikan sebagai motivasi untuk menjadi yang lebih baik kelak. Tak begitu

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*