Bakal Lancar ‘Single’ Kedua, Janna Nick Takut Pendegar Tak Boleh Hadam ?

Share This:

Bakal tampil dengan single terbaru, pelakon dan penyanyi Janna Nick mengakui tidak sabar mahu menantikan reaksi pendengar dan peminatnya.

Memetik laporan Astro Gempak, Janna, 22 bakal hadir dengan dua single iaitu solo dan juga duet bersama pelakon Alvin Chong.

“Ramai peminat yang tanya bila saya hendak tampil dengan single baharu dan dah alang-alang mereka tunggu lama saya terus keluarkan dua single sekali gus.

“Kedua-dua lagu tersebut bakal menjadi lagu tema untuk drama Coffee Prince.

“Tetapi sejujurnya saya tak sabar menanti reaksi pendengar apabila kedua-dua single ini akan dikeluarkan November ini.

“Cumanya buat masa sekarang judul untuk lagu tersebut belum ada lagi dan lagu solo kedua saya itu mendapat sentuhan daripada penyanyi Hael Husaini,” katanya.

Agaknya bagaimanalah ya single tu nanti..sama-sama je kita nantikan.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*