10 Kali Pembangkang Terkedu Semasa Pembentangan #Bajet 2018

Share This:

Pada pembentangan Bajet 2018, semalam, pembangkang terkedu apabila melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap membentangkannya dengan lantang dan lengkap tidak seperti bajet alternatif mereka yang kosong cuma diisi dengan janji-janji manis yang sia-sia.

Ketika berucap ada kira-kira 10 kali Najib menyindir dan menempelak wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) akan tindakan mereka. Ada kira-kira 10 kali Najib menyindir pembangkang kerana terkedu dan sunyi sepi dapam Dewan Rakyat.

1. Bugis

Pada permulaan ucapan Bajet 2018, Najib mencuit Pengerusi PH, Mahathir Mohamad yang yang pada Perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi menghina keturunan Bugis dengan menggelarkan orang Bugis sebagai penyamun dalam ceramah politiknya. Bagaimanapun, Najib tidak melenting malahan memberi nasihat kepada Mahathir.

“Sayang seribu kali sayang… dalam pada kita ingin membina peradaban santun susila di antara satu sama lain, sampai hati dan tergamak sungguh orang itu (Mahathir) memaki, mencerna etnik bangsa dari keturunan Bugis.

“Tapi tak mengapalah, apa yang penting kita wajar terus berjiwa besar bak kata selola loghat Utara :

Orang Kedah semua baik-baik dan ramah-ramah,
Cuma seorang dua saja yang mudah lupa diri,
Kerajaan BN ini ikhlas, kerja untuk negara dan ummah
Inilah dia Bajet yang kita semua nanti-nanti.

2. Pelaburan China

Selesai Mahathir, Najib mengkritik pula tindakan pembangkang menuduh pemimpin negara yang membuat lawatan ke luar negara sebagai satu cubaan untuk menjual kedaulatan negara. Beliau melontarkan persoalan kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang turut melawat negara China untuk meninjau peluang pelaburan, adakah Azmin juga mahu jual negeri Selangor.

“Baru-baru ini saya mendapat khabar berita, katanya YAB Menteri Besar Selangor, merangkap Ahli Parlimen Gombak sendiri telah pun berkunjung ke Tanah Besar China, Kita nak tanya YB Gombak, nak jual Selangor ke?

“Demikianlah kata orang, berhati-hatilah kalau mahu meludah ke langi. Takut-takut nanti, ia jatuh setepek terpalit ke muka sendiri.
Dalam hal ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga kena dengan Najib sampai terkedu.

3. Wan Azizah

Ini adalah saat paling lucu apabila hampir seluruh wakil rakyat dan kebanyakan orang ramai yang menonton pembentangan Bajet menyangkakan Najib ingin menyindir Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila mula menyebut tentang kehidupan seorang wanita yang menempuhi banyak cabaran hidup.

Sedia maklum, bahawa suami Wan Azizah, Anwar Ibrahim sedang dalam penjara.

Namun sebenarnya ia adalah permulaan untuk Najib memperkenalkan para hadirin kepada seorang jutawan penjual ayam yang bernama Wan Azizah Wan Salleh.

“Menyentuh hal ini… kita sesungguhnya berasa simpati dan berbaur kagum dengan ketabahan seorang insan bernama Wan Azizah, atau lebih dikenali dengan nama Kak Wan, dalam menempuh liku-liku hidup dengan beliau yang begitu mencabar.

“Namun, berkat kesabaran, Kak Wan terus cekal berjuang, nampaknya Kak Wan ada bersama-sama kita pada hari ini.

“Juteru marilah kita sama-sama memberikan tepukan kepada Kak Wan Azizah binti Wan Salleh yang berad adi atas sana,” kata Najib disambut dengan gelak tawa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang melihat Wan Azizah, wakil rakyat terkedu.

4. Mansuh Tol

Azmin disindir dan terkedu dua kali ketika Najib berucap apabila malu sendiri kerana gagal memansuhkan kutipan tol di Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau tetapi Najib yang umumkan kerajaan BN bakal mansuhkan tol itu.

Ahli Parlimen PAN-Shah Alam, Khalid Samad cuba mempertahankan Azmin dengan menyatakan bawah tol adalah di bawah pengurusan kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun, sebagai Menteri Besar, kenapa Azmin tidak berusaha dan berikhtiar berbincang dengan kerajaan pusat untuk berusaha memansuhkan kutipan tol berkenaan.

5. Senyap Je

Pada satu ketika, Najib sesudah mengumumkan banyak perkara yang disediakan kerajaan dalam Bajet 2018, menyindir keseluruhan wakil rakyat PH yang terdiam dan tidak membuat bising seperti monyet seperti pembentangan Bajet sebelum ini. Ia menunjukkan mereka kagum dan meneliti sama ucapan belanjawan Najib sampai diam membisu.

6. Pinjaman PTPTN

Apabila menyentuh bab PTPTN sekali lagi Najib kenakan pembangkang kerana berdolak-dalih dalam bajet alternatif mereka pada tahun sebelumnya dan pada bajet mereka kali ini melibat pinjaman pelajaran itu. Pada bajet yang dibentangkan tahun lepas, mereka kata mahu mansuhkan pinjaman PTPTN, tapi kali ini mahu dikekalkan pula.

7. BR1M

Kemudian menyentuh berkenaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Najib selaku Pengerusi BN menempelak lagi pakatan pembangkang yang tidak seragam apabila seorang kata BR1M adalah rasuah manakala seorang lagi kata BR1M harus dikekalkan. Dalam bajet cadangan PH, BR1M mahu dikekalkan pula berbanding mahu dihapuskan sebelum ini.

8. Tanah Runtuh

Yang ini amat menarik kerana Perdana Menteri memetik Twitter Ahli Parlimen DAP-Kepong Dr Tan Seng Giaw yang meluahkan rasa sedih dan terkilan berkenaan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah baru-baru ini yang meragut nyawa.

Najib memetik pantun Seng Giaw yang seakan-akan menempelak Guan Eng yang mementingkan nafsu kekuasaan daripada mementingkan keselamatan rakyatnya akibat pembangunan tidak teratur.

Ibu jaga anak kan sakit,
Darah tubuh beban kesihatan;
Pemaju bina leretan bukit,
Tanah runtuh korban insan.

Demikian pantun Seng Giaw yang hanya beliau sendiri tahu maknanya.

9. Lapangan Terbang Pulau Pinang

Negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP boleh dikatakan menerima peruntukan yang agak tinggi dalam Bajet 2018 kali ini termasuk projek naik taraf Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang. Ketika mengumumkan perkara ini, Najib berseloroh “Pulau Pinnag lagi?”, giliran Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP-Bagan pula terkedu.

10. Hidup BN vs Kleptokrasi

Akhirnya, pembangkang terus ditundukkan apabila cuba menjerit laungan Reformasi dan Kleptokrasi tetapi laungan Hidup BN oleh semua wakil rakyat kerajaan lebih kuat dan mereka berdiri sambil memegang buku ucapan Bajet 2018 yang dibaca oleh Najib sebagai simbol mereka sebulat suara menyokong Najib dan bajet berkenaan selaku Perdana Menteri.

Pendek kata, dalam pembentangan bajet semalam, BN berjaya, Pakatan Harapan, terkedu semuanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*