Rogol, Bunuh Dan Makan Bekas Kekasih

Share This:

Seorang lelaki dari Indiana, Amerika Syarikat yang dituduh membunuh dan meratah bahagian anggota tubuh bekas teman wanitanya didapati tidak siuman untuk dibicarakan, putus hakim pada Rabu.





Hakim Vicki Carmichael menganggap Joseph Oberhansley, 36, tidak waras selepas mendengar testimoni daripada tiga doktor yang menilainya.


Memetik Mail Online, pendakwa raya berkata, tertuduh memecah masuk rumah bekas teman wanitanya, Tammy Jo Blanton, 46, pada September 2014 sebelum merogol, menikamnya hingga mati dan meratah beberapa bahagian tubuh mangsa.





Carmichael bagaimanapun, mengarahkan penilaian pisikologi terhadap Oberhansley dilakukan selepas peguam bela Brent Westerfeld dan Bart Betteau memfailkan usul pada Februari lalu, mengatakan tertuduh tidak dapat mengambil bahagian atau memahami sepenuhnya prosiding mahkamah.

“Dia kelihatan gelisah, paranoid, dan berat mulut,” jelas mereka.


Sebelum ini, Oberhansley disifatkan mengalami gangguan psikologi yang teruk.


Sementara itu, WDRB-TV melaporkan ketika daam perjalanan ke mahkamah untuk dibicarakan pada Rabu, Oberhansley menegaskan dia tidak bersalah.



Foto: Mail Online

“Saya sangat terkejut dan marah dengan tuduhan palsu terhadap saya ini,” katanya.


Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mati.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*