Ramai Penerima BR1M Akan Gigit Jari Kalau PH Perintah Negara

Share This:

Sebahagian penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun ini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada bantuan berkenaan kerana dalam Bajet Alternatif 2018 Pakatan Harapan (PH) mereka cuma peruntukan RM5.4 bilion sahaja untuk bayaran berkenaan berbanding RM6.8 bilion yang dibayar Barisan Nasional (BN) pada tahun ini.

Kalau jumlah begitu, sudah pasti ribuan penerima BR1M akan dibuang daripada senarai walaupun layak menerimanya pada tahun 2018 jika PH menang Pilihan Raya Umum (PRU) dan memerintah Malaysia.

Daripada syarat BR1M yang mereka kenakan, boleh dijangkakan mereka yang akan dikeluarkan dari senarai penerima ialah perokok dan orang yang kuat minum arak kerana syarat BR1M mereka, wang yang diterima tidak boleh digunakan untuk membeli rokok, arak atau barang yang tidak berfaedah.

Dalam dokumen bajet PH, mereka menyatakan akan mengekalkan pembayaran yang sama kepada kategori orang yang sama menerima BR1M. Mereka mengaku BR1M telah memberi manfaat kepada mereka yang paling memerlukan.

Kalau jumlah penerima dikekalkan, sudah pasti jumlah keseluruhan pembayaran BR1M akan berkurangan memandangkan pakatan hanya memperuntukkan RM5.4 bilion sahaja.

Pada tahun ini, kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan BR1M kepada 7 juta penerima dengan jumlah RM6.8 bilion jauh beza dengan apa yang dijanjikan pembangkang. Di dalam dokumen Bajet Alternatif itu, dikatakan ada banyak penjimatan akan dibuat daripada pemotongan bajet Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan juga penjimatan dari langkah membasmi rasuah, tetapi ke mana perginya wang hasil penjimatan itu?

Sepatutnya wang hasil penjimatan itu perlu disalurkan kepada BR1M supaya lebih ramai rakyat dapat menerima manfaat daripadanya bukannya berkurangan daripada apa yang diberikan oleh BN.

Selain BR1M, rakyat Malaysia juga boleh gigit jari kerana jika PH memerintah, orang ramai tidak akan berpeluang memiliki rumah sendiri kerana pakatan tidak mengambil serius langkah membina lebih banyak rumah mampu milik ketika memerintah negara.

Walaupun sudah ada teori Ibrahim Maslow yang meletakkan keselamatan sebagai antara elemen terpenting dalam hirarki keperluan seseorang, iaitu termasuk perumahan ialah keperluan paling asas, pembangkang mementingkan kantung dan poket mereka sendiri. Buat rumah mampu milik tak ada pulangan, buat perumahan untuk orang kaya, akan dapat banyak untung.

Ia amat berbeza dengan pandangan Najib dan BN yang prihatin. Pada 18 September 2017, Najib berkata kerajaan menyediakan jumlah subsidi terbesar bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman di Kepong yang membolehkan seunit rumah itu dijual pada harga R359,000 seunit berbanding nilai asalnya iaitu RM150,000 seunit.

Di Pulau Pinang, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sibuk membinasakan perkampungan yang diduduki oleh mereka yang berpendapatan rendah sampai tinggal sehelai sepinggang kemudian guna tapak untuk buat projek perumahan untuk orang yang ada duit banyak dan kaya raya.

Guan Eeng hanya bersikap adil kepada mereka yang berduit dengan memastikan mereka dapat miliki rumah mewah di bumi Pulau Pinang manakala beliau hanya pandang golongan memerlukan di Pulau Pinang sebelah mata sahaja.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*