PA Datuk Vida Kena Pecat Sebab Kontroversi Skandal ?

Share This:

Selepas terpalit dengan kontroversi bersama pembantu peribadinya, nampaknya kemelut itu telah diselesaikan dengan cara tersendiri oleh Dato Seri Vida.


Memetik laporan Mstar Online, Vida mengambil keputusan untuk memindahkan pembantunya itu, Ahmad Iqbal ke jabatan pemasaran berkuatkuasa Khamis. 


Vida juga mengakui kontroversi tersebut telah mencalarkan maruah dan juga reputasinya sebagai seorang usahawan. 


“Buat masa ini jawatan pegawai media dan pembantu peribadi yang disandang Ahmad Iqbal masih kosong dan hubungan saya dengannya tidak awkward serta tidak lebih daripada seorang majikan dan pekerja.

“Sebenarnya, Iqbal agak tergugat bila ditukar kerana tumpuan dia sudah berbeza. Lepas ni, dia kena hadap produk, hadap Pamoga dan bukannya hadap muka saya seperti sebelum ini,”katanya.



Dalam pada itu pengasas kosmetik ini menolak dan menafikan pertukaran itu adalah disebabkan satu posting oleh anak perempuannya, Cik B sebelum ini yang kurang senang ibunya didekati lelaki tersebut. 


Vida juga berkata dia berasa tersinggung bila ada pihak beranggapan kebanyakan lelaki yang mahu bersamanya adalah berlandaskan niat wang dan harta semata-mata. 

Foto Carian internet

“Saya terasa adakah saya ini tidak cantik walhal saya memiliki ciri-ciri impian yang diingini oleh seorang lelaki.

“I am fun, I am pretty, I am beautiful… seperti lirik lagu saya,” ujarnya lagi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*