“Iqbal Perlu Hadap Pamoga Dan Bukannya Hadap Muka Saya”-Dato Vida

Share This:

 

Baru-baru ini jutawan kosmetik terkenal Dato Vida dilanda Kontroversi dengan pembantu peribadinya Ahmad Iqbal Zulkefli yang menjadi bualan hangat netizen.

 

Tambahan lagi,Kata Vida, isu yang terpalit antara dirinya dengan jejaka berusia 23 tahun yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu telah membuatkan maruah dan reputasi dirinya sebagai usahawan tercalar.

 

Kontroversi cinta yang melanda jutawan kosmetik itu akhirnya menemui penyelesaian.

 

Menurut sumber,Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengambil keputusan untuk memindahkan pembantunya itu ke jabatan pemasaran berkuatkuasa pada Khamis.

 

Desas-desus mengenai hubungan mereka mula diperkatakan pada minggu lalu apabila anak perempuan Vida, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 12, memuat naik paparan skrin gosip percintaan ibunya di laman Instagram dengan kapsyen seolah-olah tidak merestui hubungan tersebut.

 

Gosip mengenai hubungan mereka dikuatkan lagi apabila sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa jejaka tersebut tidak menolak andai dijodohkan dengan Vida.

 

“Buat masa ini jawatan pegawai media dan pembantu peribadi yang disandang Ahmad Iqbal masih kosong dan hubungan saya dengannya tidak awkward serta tidak lebih daripada seorang majikan dan pekerja.

 

Menurut sumber dalaman berkata,sebenarnya, Iqbal agak tergugat bila ditukar kerana tumpuan dia sudah berbeza. Lepas ni, dia kena hadap produk, hadap Pamoga dan bukannya hadap muka saya seperti sebelum ini.

 

Tambah Vida, pertukaran Ahmad Iqbal ke jabatan baharu tersebut bukan dipengaruhi oleh posting yang dimuat naik oleh anak perempuannya yang popular dengan nama panggilan Cik B.

 

Vida juga tidak menafikan berasa tersinggung apabila ada pihak yang beranggapan lelaki yang ingin mendampinginya tiada niat lain selain wang dan harta.

 

“Saya terasa adakah saya ini tidak cantik walhal saya memiliki ciri-ciri impian yang diingini oleh seorang lelaki.

 

I am fun, I am pretty, I am beautiful… seperti lirik lagu saya,” katanya yang kini berada di Brunei atas urusan perniagaan.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*