Insiden Lempar Air Kencing Memalukan!

Share This:

POLIS telah membuka kertas siasatan berhubung insiden penyokong Tottenham Hotspur merakamkan aksinya kencing dalam cawan sebelum melemparkannya ke arah penyokong West Ham di Stadium Wembley, malam Rabu lalu.

Namun malang tidak berbau apabila cawan berisi air kencing itu turut terkena penyokong Spurs.

“Perkhidmatan Polis Metropolitan (MPS) menyedari rakaman yang tersebar di laman sosial yang dilaporkan dirakam semasa aksi Spurs menentang West Ham di Wembley pada Rabu lalu.

“Beberapa aduan turut diterima oleh (MPS) pada 25 dan 26 Oktober lalu berkaitan insiden itu.

“Pegawai di Unit Ketenteraman Awam akan menyiasat. Tiada tangkapan dilakukan setakat ini,” kata Scotland Yard dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jurucakap Spurs memberitahu Metro bahawa tindakan itu tidak boleh diterima dan mereka sedang menyiasat rakaman tersebut bagi mengesan individu terbabit.

Sebuah rakaman video yang dimuatnaik dalam laman Twitter menyaksikan seorang lelaki sedang membuang air kecil di dalam cawan dengan tindakan itu disokong rakannya.

“Tidak terlalu banyak! Itu sudah cukup!,” kata kawan lelaki terbabit dalam rakaman video tersebut.

Lelaki itu kemudiannya memberikan kamera itu kepada rakannya untuk merakamkan aksinya melempar cawan tersebut ke arah penyokong West Ham.

Dia dilihat tertawa sepanjang aksi tersebut dirakamkan.

Pada perlawanan itu West Ham bangkit menundukkan Spurs 3-2.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*