Bajet 2018 : Terlalu Jauh Beza Antara Bajet PH Dan Bajet Kerajaan BN

Share This:

Pembentangan Bajet 2018 yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Parlimen hari ini menampakkan betapa jauhnya bajet ciptaan Pakatan Harapan yang bersandarkan kepada carian melalui enjin Google dan menyalin hasil bajet kerajaan dengan bajet yang mendengar keluh kesah rakyat dari pelbagai peringkat.

Tidak pernah di bayangkan betapa kerajaan begitu prihatin terhadap banyak perkara yang melibatkan keperluan rakyat dari pelbagai peringkat. Dari sekecil-kecil bayi, sehingga mencecah usia warga emas, dari alam pekerjaan sehingga ke dapur malah dari segenap peringkat pembelajaran, semuanya disentuh oleh kerajaan tanpa mengira apa jua fahaman politik.

Sebagai contoh, lihat bagaimana Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP, menerima 2 projek mega yang dibuat oleh kerajaan. Kedua-dua projek berkenaan adalah menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan membina pusat rawatan kanser serta dewan bedah di Hospital Balik Pulau.

Walaupun secara amnya, kerajaan DAP Pulau Pinang kerap kali menimbulkan pelbagai fitnah terhadap kerajaan, namun dalam aspek pembangunan, ianya dilakukan secara menyeluruh tanpa mengira apa jua fahaman politik. Malah, satu lagi negeri yang dikuasai oleh Pakatan Harapan, Selangor, turut menerima peruntukan yang besar di dalam bajet kali ini.

Tidak seperti bajet Pakatan Harapan yang lebih memfokuskan untuk memansuhkan GST tanpa memperkenalkan sistem percukaian yang baru bagi menggantikan sistem percukaian GST ini. Apa yang di bentangkan sebentar tadi oleh kerajaan adalah mengurangkan kadar cukai yang dikenakan terhadap individu yang berpendapatan lebih RM 20 ribu.

Lebih menarik lagi, kelompok petani, penternak dan nelayan yang langsung tidak di sentuh di dalam Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan, turut menerima durian runtuh daripada kerajaan dengan lebih RM 6 bilion diperuntukkan terhadap golongan ini. Begitu juga dengan golongan Orang Kelainan Upaya dan Warga Emas yang turut mendapat peruntukan daripada kerajaan.

Menariknya, kedua-dua golongan ini seolah-olah dilupakan oleh Pakatan Harapan yang lebih memfokuskan untuk membantu golongan yang tinggal di bandar tanpa mempedulikan nasib OKU, warga emas, petani, penternak dan nelayan yang majoritinya tinggal di luar bandar.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, di dalam Belanjawan Alternatif, sebanyak RM 75 bilion diperuntukkan untuk 5 tahun yang akan datang. Ini bermakna, hanya RM 15 bilion setahun sahaja diperuntukkan bagi kedua-dua buah negeri ini. Namun di dalam pembentangan bajet ini, hampir RM 20 bilion diperuntukkan buat kedua-dua buah negeri ini hanya untuk tahun 2018 sahaja.

Jumlah ini termasuklah kos yang melibatkan pembinaan jajaran Pan Borneo Highway, pembinaan lapangan terbang Mukah, menaik taraf sistem air dan elekterik di kawasan luar bandar, membaik pulih sekolah-sekolah usur dan usang di pendalaman, menaik taraf sistem komunikasi dan perhubungan internet dan banyak lagi yang mana kesemua ini langsung tidak disentuh di dalam bajet Pakatan Harapan.

Jika Pakatan Harapan mendakwa bajet mereka adalah yang terbaik, lebih baik dari bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, mereka harus membacanya semula dan bandingkan apa yang dibentangkan oleh kerajaan hari ini. Ianya jauh lebih mencakupi segenap aspek dan lapisan rakyat dan tidak memfokuskan hanya 1 isu sahaja.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*