[VIDEO] Lelaki Mati Lepas Kukus Diri Sendiri Dalam Kuali Ketika Upacara Sihir

Share This:

 

Lagak ngeri akhirnya memakan diri apabila seorang warga emas berumur 68 tahun meninggal dunia setelah mengukus dirinya di dalam kuali besar selama lebih kurang 30 minit di Kuala Sanglang, Kedah pada malam Isnin 23 Oktober 2017 yang lalu.

 

Sambutan perayaan itu disambut setiap tahun oleh kepercayaan penganut Taoisme dan berlangsung bermula pada bulan Oktober.

 

Ketika sambutan itu,Anjing Hitam atau nama sebenarnya Lim Ba melakukan lagak ngeri tersebut sewaktu upacara sembahyang ‘Nine Emperor God’ di sebuah tokong.

 

Menurut sumber dalaman, Lim Ba meninggal dunia akibat sakit jantung dan kelecuran tahap kedua yang amat teruk.

 

Menurut anak mendiang, Kang Huai, 32 tahun, ayahnya telah melakukan lagak ngeri tersebut semenjak lebih 10 tahun lalu walaupun tidak direstui oleh keluarganya.

 

Menurut Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Tao Malaysia (FTAM), Tan Hoe Chioew, lagak ngeri yang dilakukan adalah sebahagian daripada aksi sihir yang dikenali sebagai ‘fa shu’.

 

Menurut Tan Hoe Chioew,dia menyatakan bahawa aksi tersebut dilakukan bagi menayangkan ketahanan fizikal pelaku lagak ngeri itu dan bukan sebahagian daripada amalan fahaman Tao.

 

Sebuah video ngeri turut menayangkan peristiwa tersebut.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*