Sampai Tercampak Telefon Zizi Kirana Ternampak Anu Lelaki

Share This:

Penyanyi seksi, Zizi Kirana mengakui berasa terkejut apabila menerima foto lucah daripada individu yang tidak dikenali menerusi laman sosial. 


Zizi, 32 berkata pernah satu masa dia menerima gambar tidak senonoh itu dalam ruangan mesej peribadi. 


Sehinggakan dia tercampak terlefon yang sedang dipegang kerana terkejut dengan hal tersebut. 




“Ada satu kejadian saya menerima sekeping foto kemaluan lelaki di ruangan mesej peribadi. Terkejut punya fasal, sampai tercampak telefon yang sedang saya pegang ketika itu.

“Lebih dahsyat lelaki tersebut turut menghantar ayat-ayat lucah dan mahu melakukan perkara tidak bermoral dengan saya.

“Gelilah, tak tergamak mahu melihat gambar tak senonoh begitu. Sungguh tak bertamadun!,”ujarnya kepada Mstar Online.

Dia juga berkata sering menerima komen berbaur lucah dari kalangan netizen di ruangan komen laman sosialnya. 


Namun, Zizi bertindak tidak mengambil peduli atau mengendakan langsung hal itu. 


“Saya jarang block atau padam komen follower kerana bagi saya itu hak mereka untuk memberi pendapat.

“Tetapi, kalau dah melampau sampai hantar gambar lucah, sekat sahaja.

“Kalau saya rajin saya akan balas dan menasihati mereka supaya menjaga perbuatan dan tingkah laku. Malulah kalau orang lain tengok,” katanya bekas vokalis kumpulan The Fabulous Cat ini. 

Foto: Carian internet

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*