Cabul Budak Berumur 7 Tahun, Lelaki Dibelasah Penduduk

Share This:

Saban hari, kes cabul serta rogol semakin menjadi-jadi dan sebahagian besar mangsa yang menjadi sasaran ialah golongan kanak-kanak serta gadis bawah umur. 


Peningkatan kadar jenayah seksual ini sekaligus membimbangkan ibu bapa.


Memetik laporan mStar, seorang lelaki cedera dibelasah orang awam selepas mencabul seorang pelajar perempuan di Apartmen Cheras Ria di Kuala Lumpur sebelum diberkas pihak polis semalam.


Kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu berlaku ketika kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu berada di dalam lif blok C apartmen berkenaan dan dia dipercayai baru pulang dari sekolah.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 25 tahun itu dilakukan pihak polis selepas bapa mangsa membuat laporan berhubung kejadian tersebut.


“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta 792 iaitu melakukan seksual fizikal atas kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu menyimpan bahan lucah.” 


Terdahulu, suspek tidak mengaku mencabul kanak-kanak perempuan berkenaan sebelum keluarga mangsa membawa mangsa bagi melakukan pengecaman terhadap suspek

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*