Elok Felda Segerakan Saman Rafizi

Share This:

AHLI Parlimen Pandan Rafizi Ramli terlalu kerap menabur fitnah. Malah mahkamah juga sudah banyak kali mendapati beliau bersalah atas kesalahan tersebut namun ianya tidak pernah berjaya menginsafkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Baru-baru ini Rafizi bukan sahaja memfitnah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) malah beliau turut membuat laporan polis mendakwa anak syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) yang dikatakan memiliki Hotel Grand Plaza Kensington di London tidak wujud.

FIC akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Rafizi berhubung dakwaan bahawa firma itu menubuhkan sebuah anak syarikat baru bagi tujuan pembelian hotel di London.

Mereka tidak perlu mempertimbangkan langkah menyaman Rafizi sebaliknya eloklah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) segera mengambil tindakan terhadap Rafizi atas fitnah yang beliau lemparkan tersebut. Malah mereka perlu menyaman semaksima mungkin memandangkan saman-saman yang Rafizi terima sebelum ini tidak mampu memberi sebarang pengajaran dan menginsafkan beliau.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata dakwaan yang dibuat Rafizi itu jelas satu fitnah. Hari ini FIC akan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah yang secara kebetulan akan turut sama membincangkan perkara itu. Mesyuarat tersebut bukan semata-mata kerana pendedahan oleh Rafizi.

Rafizi dilihat terjerat dengan kegopohan beliau yang terdesak untuk memfitnah Felda sehingga gagal melihat kesan daripada pembohongan tersebut. Beliau secara membabi buta mendakwa bahawa anak syarikat FIC itu hanya didaftarkan pada 13 Oktober iaitu pada hari sama beliau membuat pendedahan mengenai firma itu tidak memiliki hotel di London. Namun, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mempertikaikan dakwaan itu. Menurut Razali, ia adalah salinan dokumen pendaftaran syarikat yang disahkan sebagai salinan sebenar pada 13 Oktober.

Rafizi mendakwa Hotel Grand Plaza Kensington dimiliki syarikat yang didaftarkan di British Virgin Islands (BVI) yang dinamakan FIC London Hotel (Private) Limited. Malah beliau mendakwa bahawa BVI FLH tidak dimiliki oleh FIC atau Felda.

Shahrir dan Razali menegaskan bahawa Felda memiliki FLH. Malah Bahagian Komunikasi Korporat (FIC) telah mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan dakwaan Rafizi tersebut.

Rafizi dilihat sudah terlalu “obses” memfitnah berdasarkan andaian. Tabung Haji pernah menjadi mangsa fitnah Rafizi sehingga menyebabkan ada pendeposit mengeluarkan duit dan hilang giliran untuk menunaikan fardu Haji.

Kes NFC antara contoh penipuan Rafizi yang telah disahkan oleh mahkamah. Felda dan 1MDB juga dibina jalan cerita berdasarkan maklumat separuh benar sehinggakan Rafizi percaya kepada cerita rekaan beliau sendiri.

Bagi rakyat yang kurang pengetahuan dan maklumat berkenaan isu Felda ini, mereka akan cenderung percaya kepada fitnah rekaan Rafizi tersebut. Oleh itu, menjadi tanggungjawab Felda untuk segera menyaman Rafizi bagi memastikan  fitnah dan pembohongan Rafizi ini didedahkan dan rakyat tidak menjadi mangsa penipuan Naib Presiden PKR ini.

  • pru14.tv

 

 

KENYATAAN AKHBAR

UNTUK SIARAN SEGERA                                                                                                   

24 Oktober 2017

 

Merujuk kepada dakwaan yang dibuat oleh Y.B Rafizi di sidang medianya yang diadakan pada 23 Oktober 2017, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) ingin menyatakan bahawa:

 

  1. FIC sekali lagi menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat pada 22 Oktober 2017 bahawa dua buah syarikat di British Virgin Islands (BVI); iaitu FIC London Hotel (Private) Limited (FLH) dan FIC Global Limited (FGL) adalah merupakan hak milik FIC termasuklah hartanah yang dimaksudkan iaitu The Park City Grand Plaza Kensington, Felda House dan Grand Felda House.

 

  1. FIC mengesahkan bahawa tiada syarikat yang ditubuhkan pada 13 Oktober 2017. Sebaliknya, ianya merupakan salinan sijil saham syarikat FLH yang telah diakui benar oleh peguam pada 17 Oktober 2017 dan salinan sijil saham FGL yang telah diakui benar oleh peguam pada 13 Oktober 2017.

 

 

  1. FIC telah melantik konsultan percukaian untuk memberi khidmat nasihat berkenaan struktur pelaburan di United Kingdom pada tahun 2014.

 

Kami berharap kenyataan di atas dapat menjelaskan sebarang kekeliruan yang dibangkitkan.

 

Dikeluarkan oleh:

Bahagian Komunikasi Korporat (FIC)

 

  Fathi Ahmad Shah

Bahagian Komunikasi Korporat

 

Felda Investment Corporation Sdn. Bhd.

Aras 4, Balai Felda, Jalan Gurney 1, 54000, Kuala Lumpur

📞+ (603) 26175099 |📱+ (601) 22882077 | 📠 + (603) 26175198

📩 fathi.as@fic.net.my | 💻 www.fic.net.my

 

syarikat kumpulan FELDA

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*