Dejan Lovren Bakal Terima Balasan Daripada Jurgen Klopp

Share This:

JURGENĀ Klopp mahu merombak semula pertahanan Liverpool selepas kelab tersebut tewas kepada Tottenham pada Ahad lalu.

Menurut Daily Mirror, rombakan itu bukan sahaja akan dibuat untuk memperkemaskan semula bentang Liverpool tetapi mempunyai agenda lain.

Klopp dilapor akan merombak pertahanan skuadnya bagi membalas dendam terhadap Dejan Lovren yang didakwa sebagai punca kekalahan.

Menurut laporan berkenaan, Lovren akan disisihkan daripada kesebelasan utama dan akan dijadikan pilihan ketiga.

Berikutan itu, tempat Lovren akan diberikan kepada Joe Gomez bagi mentadbir bahagian tengah pertahanan.

Gomez sebelim ini bersaing untuk mendapat tempat sebagai pertahanan kanan, namun usahanya semakin mudah apabila Klopp mengetepikan Lovren.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*