Yusuf Azmi PPIM Dihadapkan Ke Mahkamah

Share This:

Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi dan Ketua Operasi unit itu, Ali Salimin hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membantu siasatan berhubung kes tuduhan menceroboh premis kedai pajak kereta Julai lepas.
 
Mereka dilihat memasuki perkarangan IPD itu pada 8 pagi tadi.
 
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusof yang mengesahkan perkara itu berkata mereka hadir di IPD itu bagi menyerah diri sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Kajang.
Memetik laporan Bernama, seramai kira-kira 10 anggota polis trafik didapati mengawal lalu lintas berikutan pintu masuk IPD itu dipenuhi kira-kira 50 penyokong PPIM.
 

sumber : Facebook Yusuf Azmi

 

Difahamkan Yusuf akan dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan serta Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.
 
Polis sebelum ini sudah merakam kenyataan Yusuf berhubung insiden berkenaan.
 
‪Pada 10 Julai lalu Yusuf mengetuai sekumpulan individu menyerbu pusat penyimpanan kenderaan milik Syarikat AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR) di Jalan Sungai Sikamat, Kajang.‬
 
Kumpulan berkenaan mendapatkan bantuan PPIM kerana mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan itu dan buntu selepas menerima notis hutang daripada pihak bank.
 
Susulan itu, seorang pengurus eksekutif syarikat terbabit turut membuat laporan polis pada hari sama.
 
 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*