Sengaja Tinggal Solat, Suami Tuduh Murtad Berkawan Dengan Siti Kasim

Share This:

 

Menurut sumber,Asiah Abd Jalil yang merupakan kakak kepada Ali Abd Jalil, seorang lelaki yang melarikan diri ke luar negara kerana dikehendaki polis berhubung cita-citanya mahu menghapuskan raja-raja Melayu di Malaysia itu mendakwa bahawa PAS perlu diajar tentang implikasi tuduhan murtad terhadap seseorang.

 

Kassim Ahmad dituduh murtad sepanjang hujung usianya. Tapi bila dia meninggal dunia, berebut pula pak lebai PAS dengan paderi Kristian untuk kebumikan jenazahnya. Kononnya atas kepentingan dan kemuliaan Islam.


Pak lebai perlu diajar tentang implikasi tuduhan murtad terhadap seseorang!


Saya sudah tiga hari sengaja meninggalkan solat fardhu. Encik suami tuduh saya murtad kerana berkawan dengan Siti Kasim.

 

Saya nak tunjuk kat dia, apa implikasi jika saya sudah murtad. Perkahwinan terbatal, semua ibadah saya sudah tidak sah, malah darah saya sudah halal untuk dibunuh.


Pagi ni encik suami bagitau, dia mimpi hantu. Dia yakin itu petunjuk Allah bahawa saya telah dirasuk jin dan syaitan. Tanda-tandanya ialah saya sudah tidak solat. Encik suami paksa saya ikut dia jumpa bomoh untuk berubat.


Demikianlah cara suami ala pak lebai berfikir. Bertahun-tahun saya mentally depressed dengan masalah rumah tangga. Saya ajak encik suami pergi jumpa ustaz, qadhi, marriage counsellor, psychologist, psychiatrist, doktor sakit puan, doktor sakit tuan, you name it. Tapi semua encik suami enggan.


Alih-alih baru tiga hari saya tak solat, encik suami ajak saya pergi jumpa bomoh. Dia rasa kerasukan jin dan syaitan pada saya itulah punca utama keretakan rumah tangga kami.


Dia dan geng pak lebainya perlu diajar tentang implikasi tuduhan murtad terhadap seseorang!

 

Selain kenyataan berikut Puan Asiah Abd Jalil pernah menulis di laman facebooknya yang mendakwa dia dan suami mungkin terpaksa memilih talaq (bercerai) sebagai jalan keluar kepada kemelut yang melanda rumahtangganya.

 

Status ini menjadi viral di laman sosial mengundang pelbagai ulasan dan pendapat orang ramai.

 

Kesimpulannya jika dilihat menerusi kenyataan Asiah difacebooknya bahawa suaminya Mohd Hatta Bin Saadon adalah penyokong tegar PAS, sampaikan dia percaya bahawa jika tidak berjuang dan berkorban untuk PAS boleh menyebabkan dia masuk neraka.

 

Namun,wanita yang bernama Asiah tersebut bukan seorang pentaksub politik kepartian atau mudahnya bukan seorang penyokong tegar PAS.

 

PAS itu adalah parti politik, yang ditadbir oleh pemimpin politik (juga ada yang digelar ulama) yang sentiasa melakukan dosa dan kesilapan kerana mereka adalah manusia biasa, bukan nabi ataupun malaikat.

 

Bagaimanapun,wanita ini sanggup meninggalkan solatnya dengan sengaja sebagai tanda protes pada suami yang taksub pada politik.Adakah wajar wanita solehah berbuat demikian?Apakah sebenarnya kefahaman Asiah Abd Jalil?

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*