Mahathir Memang Mahu Menghancurkan Setiap Satu Legasi Tun Razak

Share This:

Dalam banyak medium, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak adalah idola dan mentornya di dalam politik. Malah dalam buku “Doktor Umum, memoir Tun Dr Mahathir Mohamad” juga ada tertulis bahawa Tun Abdul Razak cukup banyak berjasa sepanjang dia terlibat di dalam politik.

Persoalannya, benarkah Tun Abdul Razak adalah idola dan mentor beliau? Jika diselusuri semua gerak kerjanya sepanjang dia menguasai negara selama 22 tahun, boleh dikatakan, apa yang pernah diusahakan oleh Tun Abdul Razak dilihat cuba dijahanamkan oleh Mahathir. Mungkin tujuan dia adalah untuk menjadikan satu-satu entiti berkenaan dipisahkan dari sebarang imej Tun Abdul Razak.

Lihat sahaja bagaimana dia boleh dikatakan langsung tidak memperdulikan warga Felda sepanjang pentadbirannya. Walhal, menerusi undi dari warga Feldalah dia masih mampu kekal berkuasa. Lebih malang lagi, sepanjang dia berkuasa, Felda dilihat seperti entiti yang tidak begitu diperdulikan Mahathir samada dari aspek pembangunan mahupun mengembangkan kuasa pegangan Felda di negara ini.

Tidak terhenti setakat itu, usaha Tun Abdul Razak yang mahu melihat industri asas tani juga tidak begitu diberi perhatian oleh Mahathir. Benar, situasi ekonomi mula menampakkan peralihan dari kuasa asas tani kepada perindustrian. Namun, salahkah sekiranya Mahathir memperkasakan industri asas tani seperti yang diilhamkan oleh Tun Abdul Razak semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu?

Bagi warga Felda dan para petani, kehidupan lebih baik hanya mereka perolehi sewaktu Tun Abdullah dan Datuk Seri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri. Sebelum itu, kelompok ini seolah-olah tersisih dan dia hanya memberi keutamaan kepada semua industri metal dan pengilangan komersial berbanding membantu membangunkan industri pertanian.

Paling jelas dapat dilihat apabila dia sendiri cuba menjahanamkan satu-satunya sistem pengangkutan udara Malaysia melalui MAS. Diasaskan pada 1 Oktober 1972 hasil daripada cetusan ilham Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang mahu melihat sistem penerbangan negara mampu menjadi sistem penerbangan antara yang terbaik di dunia, semasa dibawah pentadbirannya, MAS mengalami kejatuhan yang amat teruk.

Pernah satu ketika MAS diiktiraf sebagai sistem penerbangan terbaik dunia selama 5 tahun berturut-turut, siapa sangka, hasil daripada keinginannya mahu melihat sistem penerbangan komersial negara dikembangkan, MAS “dimatikan” secara perlahan-lahan hasil daripada perjanjian berat sebelah yang menyaksikan kewujudan Air Asia yang menyediakan perkhidmatan tambang murah, sedangkan MAS dilarang berbuat demikian.

Tidak cukup dengan itu, keuntungan yang dijana oleh MAS juga turut disalah guna untuk “bailout” beberapa syarikat yang diasaskan olehnya sehingga menyaksikan detik kejatuhan MAS. Sehinggalah ianya dijenamakan semula pada 2015, sepanjang tempoh itu, MAS beroperasi hasil daripada bantuan penuh kerajaan hasil daripada pemerasan yang dilakukan oleh Mahathir.

Itu baru 3 contoh bagaimana Mahathir mahu menghapuskan terus bayang-bayang Tun Abdul Razak sepanjang pentadbirannya. Mungkin lebih banyak lagi usaha Mahathir mahu melenyapkan legasi orang yang didakwanya sebagai mentor dan idola. Namun, hasil daripada kerakusan Mahathir inilah yang menyaksikan banyak syarikat terutamanya MAS berhadapan dengan detik suram sepanjang mereka beroperasi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*