Kes Murtad : Wan Azizah Sokong Kristian Atau Islam?

Share This:

Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail digesa menyuarakan pendiriannya berkenaan sokongannya dalam kes murtad adakah beliau menyokong Kristian atau agama Islam kerana langkah yang diambil PKR Sarawak dilihat menjurus kepada sokongan untuk perbuatan murtad berkenaan.

Seorang peguam yang juga Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian hari ini, dikatakan menjadi peguam mewakili seorang wanita Muslim yang mahu memfailkan semakan permohonan keluar Islam atau murtadnya yang sebelum ini ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Julai 2017 lepas.

Takkanlah Baru Bian pandai-pandai sendiri jadi peguam tanpa ada lampu hijau atau restu dari Dr Wan Azizah selaku Presiden parti.

Kalau dahulu, penglibatan ahli politik dalam hal ehwal Islam dan murtad ini dibuat secara sorok-sorok kerana menjaga sensitiviti sehinggalah ia dibongkarkan pihak tertentu.

Sekarang ini, mana-mana pemimpin tidak ada rasa bersalah menyokong atau mendokong perkara salah ini dan buat tidak tahu menahu dalam hal berkenaan apabila didesak berikan penjelasan.

Difahamkan, wanita murtad itu menamakan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Majlis Agama Islam Sarawak, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN_ dan Kerajaan Negeri Sarawak sebagai responden dalam permohonan dia untuk dapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan menolak rayuannya itu.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Mohd Zawawi Salleh, Vernon Ong Lam Kiat dan Abdul Karim Jalil sebulat suara membuat keputusan menolak rayuan tersebut atas alasan bahawa permohonan berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan bukannya Mahkamah Sivil selaras dengan Perkara 121(a) Perlembagaan yang berbunyi, mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Wanita itu sebelum ini sudah meninggalkan Islam dan menganut Kristian sampai dibaptiskan di sebuah gereja di Kuching, Sarawak.

Dia kemudiannya ke JPN Kuching untuk memohon menukar namanya, jabatan berkenaan kemudian memaklumkan mengenai surat supaya dapatkan surat pelepasan keluar agama Islam daripada Jabatan Agama Islam Sarawak terlebih dahulu.

Dalam beberapa kes sebelum ini pun, Wan Azizah dan suaminya, Anwar Ibrahim sudah acapkali nampak menyokong perkara yang bertentangan dengan Islam atas sebab mereka lebih Islam liberal dan menyokong bahawa kebanyakan agama adalah sama taraf dengan agama Islam.

Apabila dituduh sebegitu, Anwar begitu marah tetapi gagal menafikan dengan fakta bahawa beliau menyokong Islam atau sebaliknya.

Kalau lupa, penulis ingatkan sebelum ini ada Himpunan Anti Politik Toksik di ibu negara yang Wan Azizah turut hadir beri sokongan bersama dengan isteri Mahathir, Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Ketika itu, mereka turut membawa beberapa sepanduk yang menyokong ideologi yang terpesong dari agama Islam.

Paling menonjol ialah ideologi berkaitan kesaksamaan hak dalam perkahwinan antara lelaki dan wanita melibatkan hak poligami dan mencari nafkah. Ada sesetengah pihak mahu wanita turut diberikan peranan bekerja dan mencari nafkah serta boleh berpoligami seperti lelaki. Ada juga sepanduk yang menyatakan bahawa hubungan lesbian sesama wanita adalah bukan dosa tapi satu anugerah mengikut pandangan peserta perhimpunan berkenaan.

Dalam hal ini, tidak hairanlah mengapa Dr Wan Azizah boleh benarkan Baru Bian jadi peguam untuk pastikan wanita Muslim berkenaan dapat keluar dari Islam seperti yang dikehendakinya.

Ahli dan penyokong PKR serta macai-macai sekali yang beragama Islam perlu desak Dr Wan Azizah supaya nyatakan pendiriannya berkenaan hal ini, Dr Wan Azizah sokong murtad dan Kristian atau Islam?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*