Aliff Syukri Bengang Dituduh Kedekut

Share This:

AF Megastar baru sahaja tamat Ahad lepas tapi ramai yang tak puas hati hanya juara sahaja yang membawa pulang wang tunai.


Macam biasa netizen mestilah serang penaja utama pertandingan tersebut iaitu D’Herbs milik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.


Ramai yang menuduhnya kedekut!

Berang dengan tuduhan melulu, Aliff telah memuat naik status di Instagram yang menjelaskan,walaupun dia menaja jutaan ringgit, dia tidak mempunyai hak bagi menentukan hadiah kepada pemenang.

jgn salahkan saya..kalau korang hebat sgt korang jee sponser . . aku sponser berjuta2 okey ..hak hadiah smua bukan hak saya..Suka2 korang je nak kutuk saya kedekut la bg hadiah kat sorang pemenang je lah….ko ingat af tu rancangan Aliff Syukri kamarzaman ke? tu rancangan astro…ingat bila kita sponsor kita boleh buat suka2 ke apa yg kita nak nak naik stage pun kena minta kebenaran..saya ni bayar berjuta ya utk sponsor jadi kalau korang2 tak tau baik korang diam jer ..korang tau tak nak cari duit ni aku separuh mampus korang nmpak aku seronok jee tp aku memngagau cari duit nak bayar kat astro korang pikir tak??…korang ni mmg dah terbiasa mengutuk jadi ada je benda yg di cari salah…padahal x ada kaitan pun dgn saya . . . Saya ni pun tak berapa pandai tapi tak lah sampai nak lebih2 tunjuk pandai mcm korang ni…Ingat kita ni sponsor suka2 ke? tau tak kita ni sponsor sbb nak dapat airtime iklan,nak promosi produk sbb rancangan tu ratingnya tingginjadi banyak orang tengok…kalau saya x sponsor pun af tu tetap juga berjalan ya awak2 semua yg suka sangat nak cari salah orang ni…buka mata dan buka sikit minda tu……



“Jangan salahkan saya… kalau anda rasa hebat sangat, anda sahaja yang taja! Saya menaja berjuta-juta (ringgit)… hak hadiah semua bukan hak saya… suka-suka korang je nak kutuk saya kedekut la, bagi hadiah kat sorang pemenang je lah.

“Kau ingat AF itu rancangan Aliff Syukri Kamarzaman ke? Tu rancangan Astro… ingat bila kita taja, kita boleh buat suka-suka ke apa yang kita nak?

“Saya ni bayar berjuta untuk taja jadi kalau anda semua tak tahu baik anda diam sahaja,” katanya.

Foto: IG Aliff Syukri

Sementara itu , Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris menjelaskan setiap peserta yang bertanding mendapat hadiah masing-masing, cuma tidak disebutkan secara terbuka.


“Kita anggap semua peserta artis profesional dan membayar mereka semua dengan jumlah sepatutnya setiap minggu. “Walaupun kita hanya umumkan hadiah juara sahaja tetapi sebenarnya empat lagi finalis turut mendapat hadiah sama rata kerana tiada tempat kedua atau ketiga dalam AF Megastar. Jadi ia bukan isu sama ada hanya Idayu sahaja mendapat hadiah,”jelasnya pada mStar Online.


Penjelasan dah pun diberikan, harap semua dah fahamlah ya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*