Wanita Koma Lahirkan Bayi Kembar

Share This:

 

Sungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang otaknya sudah tidak lagi berfungsi (brain dead) disimpan untuk hidup selama beberapa hari kerana kehamilannya, sebelum doktor sempat menyambut kelahiran bayi kembarnya yang sihat secara pembedahan.

 

Frankielen da Silva Zampoli Padilha, 21 dari Campo Largo,meninggal dunia semasa hamil sembilan minggu selepas mengalami strok secara tiba-tiba dan maut.

 

Melihat jantung embrio di dalam rahimnya masih bernafas, para doktor memberikan usaha yang terbaik bagi memastikan si ibu terus hidup.

 

Suaminya, Muriel Padilha, 24, berkata, “Saya dalam perjalanan pulang dari kerja Oktober lalu apabila Frankielen menelefon dan merayu agar saya segera pulang ke rumah.

 

“Dia kata kepalanya sangat sakit. Saya nasihatkan dia makan ubat tetapi dia menjelaskan bahawa dia mengalami kesakitan yang amat teruk di belakang lehernya sehingga membuatkan dia rasa mahu pengsan,” katanya.

 

Apabila tiba di rumah, Muriel mendapati isterinya menangis, menggigil dan muntah, lalu segera membawanya pergi ke hospital.

 

“Semasa dalam perjalanan ke hospital, dia berkata, ‘saya nak awak bersedia untuk menerima ini kerana saya akan tinggal di situ dan tidak akan kembali lagi,”katanya.

 

Sebelum dia pengsan dan itulah kata-kata terakhir yang dia ucapkan serta kali terakhir saya melihat dia masih bernyawa,” kata Muriel.

 

Setelah didiagnosis, Frankielen mengalami pendarahan dalam otak yang agak teruk. Selepas tiga hari menjalani ujian dan imbasan, doktor mengisytiharkan otak Frankielen sudah tidak lagi berfungsi dan Muriel dimaklumkan bayi kembarnya dalam kandungan isterinya mungkin tidak dapat bertahan.

 

“Doktor memaklumkan yang mereka akan memberi tempoh selama tiga hari untuk kandungannya kerana mereka telah menjalani CT scan terhadap isteri saya beberapa kali, mengubatinya dengan ubat-ubatan yang kuat serta memberinya antibiotik.

 

“Sebaik saja jantung dalam kandungannya sudah tidak lagi berdenyut, mereka akan matikan alat sokongan dan saya boleh kebumikan isteri,” katanya.

 

“Kami buat ultrasound pada embrio dan menyangka kandungan Frankielen sudah tidak bernyawa. Tetapi alangkah terkejutnya kami apabila mendapati mereka masih hidup. Organ-organ Frankielen semuanya juga masih baik dan berfungsi seolah-olah dia masih bersama kami.

 

“Kami buat keputusan untuk menjaga dan memastikan dia terus hidup untuk menyelamatkan bayi kembarnya sehingga cukup masanya kelak. Dan setiap hari kami akan memantau perkembangan mereka,” kata Doktor Dalton Rivabem, Ketua ICU Neurologi di hospital berkenaan.

 

Para doktor, jururawat dan ramai lagi pegawai perubatan merancang rutin untuk bernyanyi, bercakap dan membelai perut si ibu.

 

Pengorbanan seorang ibu melahirkan bayi dalam keadaan koma sungguh luar biasa dan ia adalah satu keajaiban bayi kembarnya masih hidup dengan sihat.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*