MCKIP Dijajah China, Mahathir Berbohong lagi

Share This:

PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat semakin terdesak mahu menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga beliau menyebarkan fitnah melalui satu video mengenai Malaysia China Kuantan Industrial Park (MCKIP).Video tersebut yang berdurasi 3.08 minit penuh dengan penipuan yang berniat jahat dalam cubaan menjatuhkan kredibiliti Datuk Seri Najib.

MCKIP adalah kawasan perindustrian baru dibuka di Kuantan. Seluas 3,000 ekar, ia bakal menempat syarikat-syarikat perindustrian yang akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini.

Kawasan perindustrian ini dimajukan oleh sebuah syarikat pemaju hartanah dari Malaysia dan ia adalah syarikat dari Malaysia juga, Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd yang memegang 51% ekuiti manakala baki 49% dipegang oleh Guangzhi Beibu Gulf Asean Investment dari China.

Menurut sumber, baru sebuah syarikat yang telah beroperasi di kawasan perindustrian ini iaitu Alliance Steel (M) Sdn Bhd. Syarikat tersebut baru-baru ini mengiklankan kekosongan jawatan syarikat mereka di Jobstreet.com – yang tidak beroperasi di China.

Mahathir mendakwa kawasan ini tidak dibenarkan orang Malaysia untuk memasukinya dan konon semua pekerja adalah dari China seolahnya ada bahagian dalam negara ini yang telah digadaikan kepada negara China. Ini untuk menyokong pembohongan Mahathir kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggadaikan negara ini kepada China.

Dakwaan ini ternyata tidak berasas sama sekali. Bagaimana sebuah kawasan perindustrian yang dimiliki secara majoritinya oleh syarikat dari Malaysia, pemajunya pulak juga syarikat dari Malaysia tapi orang Malaysia tidak boleh masuk? Lagipun, tidak ada pos imigresen negara China dikesan di kawasan tersebut sehingga nak dikatakan orang Malaysia tidak dibenarkan masuk.

Kalau orang Malaysia tak dibenarkan masuk, bagaimana pulak satu-satunya syarikat yang beroperasi dalam kawasan perindustrian tersebut mengiklankan kekosongan melalui portal mencari kerja di Malaysia dan ironinya, jawatan yang diiklankan itu ialah Eksekutif Sumber Manusia yang antara lain memerlukan calon tersebut mahir dengan undang-undang buruh di Malaysia. Ini bermakna mereka mencari pekerja yang merupakan warganegara Malaysia.

Mahathir melakukan penipuan yang terlalu ketara atau lebih tepat terlalu “bodoh” apabila beliau mendakwa kawasan tersebut tidak boleh dimasuki. Kawasan mana-mana syarikat pun, jika tanpa pass masuk yang sah maka tidak ada sesiapa pun dibenarkan masuk tanpa mengira bangsa pun.

Rakyat Malaysia semakin faham siapa sebenarnya Mahathir. Setiap kali beliau membuat fitnah maka rakyat Malaysia akan semakin benci dan meluat terhadap beliau.

– pru14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*