Igauan Bugis Hantui Mahathir Dan Pakatan Harapan

Share This:

Kata orang tua-tua, kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Mungkin istilah inilah yang cukup sesuai untuk menggambarkan masa depan politik Tun Dr Mahathir dan Pakatan Harapan hari ini. Semuanya gara-gara kelancangan mulut Mahathir yang secara tidak sedar telah menghina keturunan Bugis walaupun penghinaannya dikatakan dituju kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Dalam satu ucapannya sewaktu himpunan Sayangi Malaysia Anti Kleptokrasi di Padang timur, Petaling Jaya, Sabtu lalu, samada Mahathir sedar ataupun tidak, dia telah mengusir keturunan Bugis yang didakwanya sebagai keturunan lanun, keluar dari Malaysia. Walaupun ucapan berkenaan ditujukan kepada Datuk Seri Mohd Najib, namun ianya telah mengguris hati dan perasaan ribuan warga Bugis di Malaysia.

Malah, lebih teruk lagi, ucapannya itu telah menyebabkan jutaan warga Bugis di Sulawesi Selatan termasuk beberapa orang ahli politik Indonesia seperti Jusuf Kalla, berang dengan kenyataan yang dibuat Mahathir. Sehinggakan, keduataan Malaysia juga dikhabarkan turut diserang oleh penunjuk perasaan dari kaum Bugis yang menuntut Mahathir meminta maaf secara terbuka berhubung kenyataan yang telah dibuat olehnya.

Terbaru, satu himpunan rapat umum dijadual bakal diadakan di Alor Setar hari ini. Himpunan yang diberinama Rapat Umum Sayangi Malaysia ini adalah kesinambungan dari himpunan yang penuh kegagalan di Padang Timur kononnya diadakan khas untuk penduduk disebelah utara tanah air.

Apa yang menariknya, menerusi siaran segera dari beberapa buah fan pages Facebook Kelab Che Det, Saya Sayang Tun Dr Mahathir, Mukhriz FC dan Pakatan Harapan, himpunan ini terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir setelah pihak penganjur telah diberi amaran oleh pihak berkuasa kerana difahamkan, kira-kira 200 orang anak keturunan Bugis bakal menyerbu rapat umum ini.

Ianya adalah susulan daripada himpunan waris-waris anak-anak Bugis yang berhimpun di Yayasan Kepimpinan Perdana Sabtu lalu yang menyaksikan Mahathir terpaksa melarikan diri dari berhadapan dengan kelompok berkenaan.

Nampaknya, hidup Mahathir dan apa sahaja program yang dibuat oleh Pakatan Harapan kini terpaksa berhadapan dengan amukan warga Bugis yang begitu terluka dengan kenyataan biadab dan tidak bertanggungjawab Mahathir. Selagi mana Mahathir berkeras untuk tidak membuat permohonan maaf secara terbuka, selagi itulah bayangan Bugis akan menghantui dirinya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*